Sabtu, 17 Mei 2014

TEKANAN

TEKANAN


HATI OH HATI
JANGAN MUDAH TERASA HATI
KERANA MEREKA SUKA MAKI
BIAR MAKI SAMPAI MATI

JIWA OH JIWA
JANGANLAH ENGKAU MERASA
TEKANAN SAMPAI MERANA
KERANA IA SAKIT PALING DURJANA

TINGGI YA TINGGI
BILA KAU RASA PANGKAT KAU TINGGI
HIDUNG KAU TUNJUK SEAKAN TINGGI
PADAHAL KEMBANG LEBIH DARI TINGGI

INGIN KU KERINGKAN HATI
DARI MUDAH TERASA HATI
TAPI AKU BUKAN MANUSIA HATI MATI
KERNA AKU PUNYA IMPIAN HAKIKI

KUAT KU MUNGKIN DARI RUPA
LEMAH KU HANYA DIA MAMPU MEMBACA


Isnin, 12 Mei 2014

siapakah hipokrit?? (aku menulis dengan senyuman ikhlas tanpa paksa)

aku tersenyum saat aku merasakan masalah
hipokritkah aku??

aku ketawa tika aku sepatutnya marah
hipokritkah aku??

jika aku menagis bila aku sedih
adakah orang tidak akan menyatakan itu hanya rayuan dan keinginan untuk dipujuk??
adakah yang akan memujuk??

biarlah senyuman ini sentiasa ada di wajah ku..
biar ia menjadikan yang lain merasa tenang
walaupun aku tidak tenang
hipokritkah aku?

jika aku meluah
adakah yang ikhlas mendengar??
atau kau juga hipokrit??

kita sama2 hipokrit..kita tak pernah sempurna...
kita manusia yang punya banyak masa terbuang menilai diri orang lain
tanpa memikir kan diri sendiri

biarlah aku begini...
yang menjadi penyeri dikata sedih mu
biarlah aku sebegini
kerna aku tahu aku dihadirkan untuk seketika untuk kamu

Ahad, 4 Mei 2014

AKU BUKAN AKU

manusia
punya sikapnya tersendiri

Kau lihat aku tersenyum
Kau pasti akan berfikir kehidupan aku bahagia sentiasa
pada hakikatnya tidak

Ya boleh anggap aku hipokrit
Menipu diri sendiri untuk orang lain
menipu perasaan sendiri untuk orang lain
menipu hati sendiri sampai pedih tiada luka

Hati ku jadi hitam
Otak ku jadi beku
Darah yang megalir bagai tersekat
Jantung ku bagai mati dikala aku masih bernafas

Biarlah semuanya aku lakukan untuk timbulkan senyuman diwajah lain
biarlah ku padam kan senyuman ku kerna aku tahu tiada apa yang aku dapat banggakan

Jika ini nasib ku
aku terima dengan hati yang terbuka
jika ini nasib ku
sampai mati aku jadi diri aku yang lain

Biar ada watak lain dalam hidup ku
asalkan orang tahu aku bukan diri ku