Rabu, 27 Ogos 2014

aku & kambing hitam



Kehidupan setiap manusia tak pernah sama dan tidak akan sama. Masa ini engkau pasti tengah ketawa dan aku di basahi air mata. Bukan aku pinta untuk disayang seperti seekor kucing yang menjilat anaknya. Cukuplah hanya melayan aku seperti ampaian baju yang hanya berguna bila ingin menjemur baju.

Apa perasaan engkau bila engkau duduk di rumah tapi keadaan kau seperti duduknya di penjara. Tiada apa yang boleh engkau buat. Bila engkau habiskan masa dengan tidur kau akan ditegur, bila engkau habiskan waktu kau dengan computer kau akan dimarah dan jikalau ya pun engka dapat keluar engkau pasti tidak akan dapat sering keluar dan keluar dengan masa yang lama. Puaskah kau hidup bila kau merasakkan keadaan sebegini.

Ada masa kau juga ini bergembira.  Ada masanya kau ingin buat apa kau nak buat. Ada masanya kau nak orang hormat kau dan bangga dengan apa yang kau dah buat. Tapi semua itu hanya angan-angan bukan???. Apa yang engkau buat sekarang hanyalah sia-sia. Kau bukan sahaja tidak dihormat malah engkau dikutuk, dicaci, dimaki sehingga kau merasa engkau tidak layak hidup di muka bumi ini lagi.

Tapi siapa engkau nak menentukan tempoh hidup kau. Kau terpaksa terima apa kejadiah sekali pun.
Memang satu hari engkau boleh jadi gila bila orang tidak pernah faham apa keinginan kau apa yang engkau mahu dan apa mahu engkau. Semuanya benda berbeza walaupun bunyi dan ayatnya sama.

Cuba engkau fikirkan satu hari bila engkau tiada. Siapa yang jadi mangsa keadaan sekarang. Adakah dia akan lebih kuat dari engkau atau lebih teruk dari engkau. Fikir lah. Semua orang akan cakap ini semua ada hikmah. Bila engkau marah mungkin kau akan kata  “HIKMAH KEPALA HOTAK ENGKAU”, ya ini aku. Tapi mungkin ada sesetangah yang akan terima hakikat apa yang terjadi. Tapi lama-lama tiada siapa pun yang sanggup menahan kesakitan yan di rasai.

Kata kawan aku, aku umpama kambing hitam dalam keluarga dan bukan ikan emas. Mungkn sebab ini jugalah aku keras kepala. Ya lah kambingkan suka menanduk. Kadang-kadang dinding kandang pun hendak ditanduk.
Adakah kehidupan aku memang serupa dengan nasib kambing itu. Di kandang lama-lama sedar kecil, kemudian diikat. Kemudian diberi makan dan kadang-kadang akan dilepaskan seketika di kawasan berumput untuk makan rumput-rumput yang ada. Kemudian akan ditarik masuk kembali ke dalam kandang.

Apa yang aku ingin sampaikan bukanlah ingin menyatakan aku dan kambing hitam itu bersaudara. Cuma nasibnya sahaja. Kambing akan dikandang dan kadang- kadang diseksa. Tiada kehidupan dan kebebasan. Tetapi bila dia dilepaskan dia akan dijadikan korban dan dagingnya akan dijadikan santapan. Apa bila orang memakannya orang akan rasa gembira dan kenyang. Tapi adakah aku akan disembelih nanti??? Adakah manusia yang memakan daging manusia masak kari ?. Persoalan terbesar ialah bila aku akan bebas?. Atau aku akan terus jadi seperti kambing hitam.
Rasanya aku kena jadi kambing sampai bila-bila, banyak sangat persamaan aku dengan kambing ini. Kambing akan megembek bila tuannya berkata-kata dengannya. Tapi adakah tuannya faham apa yang dia embekkan. Sama lah macam aku, aku tetap berkata-kata dan meluah apa yang ketidak puasan hati aku tapi adakah orang dengar?.

Kambing ini juga bila dia diam dia hanya akan mengerakkan mulutnya mengunyah apa yang ada dalam mulutnya walaupun hakikatnya hanya  ada air liurnya didalam mulutnya. Ada masa dia seakan tersenyum walhal kita tak tahu dia tengan tersenyum atau tidak Samalah seperti aku, bila aku bersabar dengan apa yang terjadi aku hanya mampu tersenyum untuk memujuk hati sendir dan kadang-kadang aku akan iakan saja apa yang diperkatakan.

Rasanya kambing dan aku memang saudara kembar. Baru aku sedar sekarang. Tapi engkau beruntung kambing. Engkau tidak berdosa sekali pun engkau pernah menendang tuan engkau. Dan bila engkau disembelih sekali pun orang akan cakap daging engkau sedap lebih-lebih lagi bila di masak kari atau pun di panggang golek.

Maafkan aku wahai pembaca, aku tidak tahu apa yang aku tulis ini layak di panggil cerpen atau pun hanya tulisan kosong. Tapi bagi aku kisah aku dan kambing hitam susah untuk dicarikan jalan akhir ceritanya.

Biarkan kisah ini tergantung disini kerana aku sendiri tidak tahu bila nasib akhir aku dan apa kisah terakhir ku. Jika ya masa itu tiba adakah aku akan sempat menaip untuk menceritakan kisah dan perasaan aku di waktu sebelum-sebelumnya. Biarlah ini semua menjadi drama yang pengarahnya sudah kehabisan bajet untuk menamatkan sesebuah drama.