Jumaat, 27 Jun 2014

pandangan kau terhadap orang,pandangan orang terhadap kau



kau berada di satu taman,kau duduk di satu bangku,di sekeliling engkau ada 10 orang manusia termasuk engkau.
ada 2 pasangan..3 kanak-kanak..1 orang lelaki dewasa dan seorang gadis sedang duduk di bawah satu pokok.
kau nampak satu pasangan agak berusia..duduk di kerusi yang tidak agak jauh jaraknya..sedang ketawa..mesra bahagia...
satu lagi pasangan kau nampak seperti ada perselisihan ya mereka masih muda...
bola bergolek di bawah kaki kau..salah seorang kanak-kanak dari 3 kanak-kanak tadi berlari ke arah kau ingin mengambil bola itu..kau bagi dan kanak-kanak itu berkatakan terima kasih, tersenyum lalu terus kembali ke kawan-kawannya.
nampak satu tubuh yang agak sedikit sasa berlari melimpasi kau..kau rasa dia seorang yang sungguh pentingkan kesihatan..
dan gadis yang seorang lagi kau lihat sepertinya sedang melakar sesuatu. ditangannya ada kertas lukisan dan pen...pasti dia pelukis. Yalah sekarana taman ini cantik dan indah langitnya.Pasti dia melukis pemandangan sekarang.
itu mungkin yang engkau fikir..dengan apa yang kau nampak…cuba kita lihat apa yang mereka fikirkan

pasangan tua itu menghabiskan masa mereka bersama-sama..kerana mereka tahu salah seorang dari mereka akan pergi dahulu meninggalkan pasangannya. Jadi mereka ingin menghasilkan kenangan-kenangan terindah buat terakhir kali.

pasangan muda pula mereka berselisih faham. Ego masing-masing masih tebal dalam diri. Mereka sayang antara satu sama lain tapi keegoan mereka menghalang mereka untuk menunjukkan perasaan itu. Jika perasaan sayang itu tiada, mana mungkin mereka masih hendak bertemu.

3 orang kanak-kanak. Kenapa 3 mana yang lain. Mereka inilah yang tinggal dan masih melakukan aktiviti kita yang dahulu. Mewarisi aktiviti petang kita dahulu.  Ini kerana kawan-kawan yang lain sudah lalai dengan teknologi yang membuatkan manusia kurang berkomunikasi sesame sendiri. Tinggalah hanya mereka.
Jangan sangka fizikal yang nampak sihat pasti sihat dirinya. Ini bukan pada lelaki dewasa itu, dia telah didapati menghadapi satu penyakit  yang tempoh hidupnya tidak lama selepas diberitahu oleh doktor yang merawatnya. Dia pasrah tapi dia tidak berputus asa. Baginya tiada guna berputus asa sedangkan hidup mati kita bukan kita yang merancang. Hanya yang maha Kuasa sahaja mampu menentukan waktunya. Dia terus berlari, berlari seperti semangat juangnya dalam dirinya.
Gadis itu….Hilang..Tetapi kertas lukisan masih ada disitu…

Kau bangun dan terus ke tempat gadis tadi duduk..kau ambik kertas lukisan itu dan apa yang kau lihat.ada  2 pusara dilukis dan seorang gadis ditengah-tengahnya. Lukisannya kemas sunggu teliti.  Gadis ditengah-tengah dua pusara  itu wajahnya dilukis dengan riak wajah senyum. Apa yang dia nak sampaikan…

“ Mak abah saya dah lama meninggal, tinggallah saya. Walaupun mereka dah pergi, saya akan teruskan hidup malah tak akan melupakan mereka “

Kau terkejut tiba-tiba gadis itu di sebelah kau. Dia menghulurkan satu lagi kertas lukisan kepada kau.

Wajah kau. Dia melukis raut wajah kau. Kau pandang gadis itu. Dia tersenyum.

“awak dalam kekosongan. Dari riak wajah awak , dalam hati awak kosong. Dalam minda awak, awak telah kunci minda awak dengan kehidupan dengan hanya melakukan arahan orang tanpa memikikan keinginan hati sendiri. Dulu awak ada keinginan tapi keinginan itu disekat. Lama-lama disekat sampaikan awak terus berubah dan melupakan. Senyumlah walaupun dengan tumbuhan, bahagialah walaupun bertemankan tuhan. Kehidupan kita berbeza dari segi apa yang orang nampak. Orang mudah nak menilai kita tapi kita sendiri tak tahu apa yang orang lain lalui.”

Gadis itu memberikan senyuman kepada kau. Saat dia sudah melangkah setapak dua, dia menoleh ke belakang dan berkata pada kau.

“Simpan wajah kosong awak. Timbulkan wajah bahagia awak. Pasti orang lain akan merasa bahagia apa bila kita memberikan senyuman pada mereka. Mereka akan rasa dihargai walaupun tidak mengenali sesama sendiri. Bila awak dah jumpa warna warni kehidupan awak. Pasti akan ada satu lukisan yang indah yang tidak mampu dilakar dan hanya mampu dilihat dengan rupa yang nyata.”

Rupanya aku masih ada yang memerhati. Ingatkan sepanjang aku memerhati gerak geri orang lain tiada yang memandang aku.

Isnin, 9 Jun 2014

review LELAKI EKSISTENSIAL

ada part yg aku setuju

1.walaupun kita dah dpt apa yg kita nak..kita kadang2 x pernah puas n masih x tau apa yg kita nak
2.bila kita pernah mengharap n harapan x tertunai mesti kita akan buat sesuatu utk puas kn hati.
3.bila kita terima seseorang kerana budi ada kemungkinan nya kita berjaya dan ada kemungkinan nya tidak..if ya pasti kita akan cuba terima..if tidak makna nya bantuan dia kau dah x terima lepas dia tlg kau
4.perempuan lebih suka dikawal lelaki dan lebih suka rasa mcm di rebuti.
5.bila bab politik...satu ja..kau kena pndai janji walaupun kau tau payah kau nak tunaikan janji tu..


- review utk novel LELAKI EKSISTENSIAL

" Manis Sungguh Manis "

Di taman kau duduk atas sebuah kerusi,kau silangkan kaki kau,badan kau tegak dan memandang ke depan.

Apa yg kau fikir?, kau fikir masa depan atau masa lalu, serius nampak wajah mu serius di situ.

Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kecil, perempuan dgn rambut potongan petak dan ada sebatang aiskrim di tangan nya, dia duduk di sebelah kau,masa dia tgh menikmati aiskrim itu dia melihat kau dan tersenyum lalu dia bertanya "Abang ok?nampak macam ada masalah?".

Dalam otak kau berkata "Ah sibuk lah budak nie kalau aku cite masalah aku bukan kau faham".

Habis saja aiskrim td budak itu megambil gula lolipop dari kocek kanan nya,dibuka dan masuk ke mulut. Dia masih tersenyum melihat aku. Dia x bertanya lagi. Dia bangun dan bediri depan kau, sebatang lagi lolipop dari kocek kiri dia ambil dan bagi kepada akuu. Lalu dia berkata lagi  "Abang kalau tak nak kongsi cerita tak apa, tapi adik nak kongsi nie, supaya abg dpt rasa kemanisan yang adik rasa, adik tak nk merasa sendirian biarlah orang lain pun merasa sama."

Kau ambil budak itu berlalu pergi, kau renung lolipop itu kemudian kau buka bungkusannya terus ke mulut. Dalam otak kau "Manis sungguh manis" lalu wajah kau tersenyum terus.