Isnin, 9 Jun 2014

" Manis Sungguh Manis "

Di taman kau duduk atas sebuah kerusi,kau silangkan kaki kau,badan kau tegak dan memandang ke depan.

Apa yg kau fikir?, kau fikir masa depan atau masa lalu, serius nampak wajah mu serius di situ.

Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kecil, perempuan dgn rambut potongan petak dan ada sebatang aiskrim di tangan nya, dia duduk di sebelah kau,masa dia tgh menikmati aiskrim itu dia melihat kau dan tersenyum lalu dia bertanya "Abang ok?nampak macam ada masalah?".

Dalam otak kau berkata "Ah sibuk lah budak nie kalau aku cite masalah aku bukan kau faham".

Habis saja aiskrim td budak itu megambil gula lolipop dari kocek kanan nya,dibuka dan masuk ke mulut. Dia masih tersenyum melihat aku. Dia x bertanya lagi. Dia bangun dan bediri depan kau, sebatang lagi lolipop dari kocek kiri dia ambil dan bagi kepada akuu. Lalu dia berkata lagi  "Abang kalau tak nak kongsi cerita tak apa, tapi adik nak kongsi nie, supaya abg dpt rasa kemanisan yang adik rasa, adik tak nk merasa sendirian biarlah orang lain pun merasa sama."

Kau ambil budak itu berlalu pergi, kau renung lolipop itu kemudian kau buka bungkusannya terus ke mulut. Dalam otak kau "Manis sungguh manis" lalu wajah kau tersenyum terus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan