Tajuk : Sperma Cinta
Penulis: Aisa Linglung
Terbitan : Lejen
Assalamualaikum. Aku dah baca buku ni. Dan agak sekejap jugalah untung menghabiskannya. Sebab?? Sebab buku ni best. Lucu. Ye lah mana tak nya, cicak pengsanlah. Bau tanganlah. Macam-macam lah kan. Baiklah, aku akan kongsi bahagian-bahagian yang aku suka.
"Apa sebenarnya dah terjadi sampai beliau meninggal dunia? Teruk sangat ke suasana dalam spenda gua? Mungkin beliau bertanya-tanya dalam hati masa terperangkap tu, "ni kat gua mana lah ni? Tak pernah - pernah gua masuk tempat gelap macam ni.." bau macam dabel cis bager? " Gua rasa saja dia cakap begitu. Susah juga sebenarnya nak selam perasaan seekor cicak . "
Lepas kali ketiga, "bau apa ni? Lain macam bau dia."
" Saya baru lepas berak cikgu," jawab Arde jujur disusuli latar belakang suara gelak-gelak comel.
Buku ini lebih banyak ke kisah hidup kita yang kadang-kadang kita tak pernah cerita atau pun kita anggap biasa. Dari kisah zaman kecil sampai besar. Dari cicak sampai kucing.
YANG TAK "OK"
Mungkin ada yang cakap dari segi bahasa yang digunakan. Tapi bagi saya pula buku ini dalam ketogeri "slumber dan cool.".
YANG "OK"
Bagi aku sempoi. Macam baca komik pun ada sebab ada bahagian yang buat aku gelak. Bahagian kawan saiz besar tu lak sampai aku leh terbuat bunyi sendiri masa baca. Kau ada? hehehe. Apa-apa pun terbaik...
Hanya seorang manusia yang punya idea tapi tidak tahu macam mana untuk menghabiskan sesuatu jalan cerita.
Rabu, 15 Januari 2014
REVIEW!!! Lari Dari Syurga (terbitan Buku Hitam)
Tajuk Lari Dari Syurga (Koleksi Cerpen)
Terbitan
Buku Hitam
Sinopsis (belakang buku)
Terus berlari menuju ke satu daerah yang belum pasti. Tidak pernah berhenti dan puan dengan kenikmatan yang diber, mencari hingga ke hujung dunia yang tidak ketahuan di mana titik mula dan henti. Barangkali sudah jejaki, cuma tak tahu sesuaikan diri, orang asing di dunia asing, bagai melontar diri ke lembah sunyi - keliru.
Teruskan berlari, terus lari dari Syurga-mu, terus lari ke dunia baru - yang kau pasti akan mahu pulang setibanya di sana.
Tujuh belas orang pelari ini masing-masing punya kisah sendiri, yang mungkin mereka juga tidak fahami, apatah lagi kau yang tidak merasai.
Bebelan sebelum ke tajuk-tajuk cerpen dalam Lari Dari syurga
Bismillah. Assalamualaikum. Alhamdulillah aku dah baca buku Lari Dari Syurga ini dan dah khatam membacanya. Aku bukan penulis mungkin juga bukan seorang guru penulisan. Aku juga bukan seorang pelajar sastera dan aku juga bukan seorang yang cinta mati dalam bidang-bidang penulisan. Sebabnya kerana aku sendiri tak pernah menulis sesuatu cerpen atau entry terbaik yang boleh membuatkan orang yang membaca puas hati dengan hasilnya. Jadi dengan segala hormat dan tunduknya aku aku minta maaf kalau ada yang tidak puas hati dengan apa yang akan aku taip selepas ini. Mungkin agak panjang, kerana aku akan ulas satu demi satu cerpen dalam buku ini. Tak adil jika aku hanya ulas satu tajuk sahaja sedangkan banyak tajuk dalamnya. Ada 18 tajuk cerpen dalam buku ini dari penulis-penulis yang berbeza. Cerpen ada lah satu cerita pendek ( ini cikgu aku pernah bagi tahu aku dulu ). Baiklah aku akan mulakan. Eh! lupa, ada satu puisi di bahagian belakang. ( puisi ini aku takkan komen.)
LARI DARI SYURGA ( Fikri Harun )
" Pertanyaan terakhir itu menyatakan keinginan aku untuk lari dari 'syurga' dan melihat 'neraka'. Namun kerana kekangan masa dan sifat malas, penulisan aku tidak disambung. Satu hari, ilham melintas untuk mencabar manusia lain tentang keinginan itu dari sudut pandangan masing-masing. Cabaran diaju, dan disambut baik. Maka lahirlah - Lari Dari Syurga. "
Sedutan dari cepen pertama dalam lari dari syurga. Aku sendiri tak pernah terfirik mana pergi orang-orang bukan muslim. Kerana neraka syurga itu hanya amalan dan ketaatan kita sahaja akan membawa kita ke dua tempat itu. Ini apa pendapat aku lah kan. Tak tau lah pendapat orang lain.
LIRIK MELODI SYURGA ( Salleh Razak )
" Ibu kandung aku mati semasa melahirkan aku. Jadi tidak salah jika aku membunuh ibu tiri aku. Segalanya bakal berakhir ya ibu. Sebentar lagi ibu akan ke syurga, ruangan yang kosong dan penuh dengan dongeng dan palsu. Selamat ke syurga ya ibu. "
Disebabkan perasaan bosan dengan kehidupan yang merasakan dirinya layak hanya ke syurga membuatkan dia rasa bosan dan tertekan. Bagi aku, cerpen ini mengesahkan seseorang yang semua apa yang akan berlaku bukan kemahuan dia dan semua orang rasa dia hanya boleh disusunkan segala-galanya dari awal hingga akhirnya. Adakah syurga layak untuk dia?.
DILARIKAN CAHAYA...ENTAH ( Khalil Zaini )
" Di sebelah kucing kurap itu kucing betina yang menjadi mangsa tadi tiba-tiba bertukar menjadi manusia. Arrgh, wajah kucing betina itu sama seperti wajahnya! Dia melihat darah pada dubur kucing betina itu. Dan darah itu menitis menghempap bumi"
Malaikat maut mungkin. Ye lah, satu kejadian yang sepertinya di rancang. Kehadiran kucing jantan dan kejadian kucing betina di kacau kucing-kucing jantan lain. Seorang pelacur yang masih ada sifat yang baik. Terpaksa melakukan kerja yang terkutuk. Sebenarnya tajuk ini yang aku susah nak faham. Sebab dah banyak kali baca. Hasil yang aku dapat dari tajuk ini yang aku dah taip sebelum tadi. Ada siapa-siapa yang boleh terangkan tak untuk tajuk ini??!!
PERISAI HALIMUNAN TASHA ( Ahmad Syukri )
" "Kau tahu kesudahannya kalau kau terus bawak budak tu." suara si pemanggil itu seakan-akan tahu bahawa izat akan mengangkat panggilan telefonnya. "
Tasha diburu dan tak mungkin izat akan melepaskan anaknya diburu. Ada sesuatu keunikan pada anaknya, Tasha. Cite ni ada sambungan. Tapi sambungan dia best. Nak sambungan dia??. Bacalah lagi buku-buku terbitan buku hitam. ( Apa pun tajuk ini aku suke baca )
PENGHUJUNG SEBUAH EUFORIA ( Raisya Nordin )
" Penghujung pangkal hubungan aku bersama Veronica bahagia di dunia ciptaan aku sendiri. Dan Veronica masih menuntut sebuah jawapan daripada mulut yang sering terkulai layu dengan cepat putih yang kerap membuat hebat bersama jiwa yang sebenarnya ingin lari dari syurga buatan sendiri dan terjun ke dalam nikmat neraka ilahi. "
Cerita macam ini mungkin banyak dah dibaca. Disebabkan tekanan ada yang akan cuba mengambil sesuatu untu menenagkan diri sendiri. Sedangkan benda itu terlarang. Adakah yang sanggup mati kerana sendiri pembunuhnya??!. Hanya kerasa tekanan akan cinta membuatkan sendiri merana. ( Aku nak bagi bintang untuk cerpen ini *** tiga bintang. )
INI JANJI KITA ( Adil Ridhuan )
" Awak, jangan lawan lagi. Jangan lari lagi. Saya redha. Saya tunggu awak di sana nanti."
Sedih. Walaupun sudah tiga kali aku baca mesti mata aku dibanjiri air mata (kadang-kadang terasa jugak hingus nak keluar dari hidung, mana tak nya tahan nak nagis punya pasal.). Keikhlasan penting dalam sesebuah hubungan walaupun tahu tiada masa panjang untuk syurga yang indah. Tetap akan pergi kembali kepada pencipta.
MALAM YANG SEKSI ( Abdullah Sam )
" Satu sms ringkas - Hai, saya po, awak sudah lihat Buletin Utama tadi? Ifa mencari detail penghantrar nombor berdigit yang diakhiri '666'. Bimbang ia sms dari satan, Ifa memadam sms dan - terus - ketukan bertalu-talu muncul di pintu rumah."
Baiklah, cerpen yang ini aku agak sukar nak faham. Yang aku dapat dari cerpen ini, guard tu memang ada kaitan dengan watak wanita dalam cerpen ini. Dan ada jalan cerita menujuk ke kehidupan dunia lain. Ketiga-tiga watak ada kisah tersendiri tapi hanya ada satu yang sama iaitu ada sesuatu yang tak kesampaian. Sesuatu yang membuat ketiga-tiganya masih mencari sesuatu. ( Otak aku dah blur, ada orang buat aku jadi gila pula dah masa ini. psiko betol lah.)
SYURGA SI GELANDANGAN ( Afiq Abrar )
" Pertama kali aku rasa suka dengan jubah, meskipun warnanya hanya putih. Jubah pemberiannya ibarat ada pukau. Katanya, jubah itu diberi 'seseorang' semasa dia hendak berubah dahulu. Aku tertanya-tanya apa kaitan memakai jubah dengan menjadi baik."
Kisah ini mengesahkan seseorang mengerjakan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji. Ada satu kisah yang berlaku pada dia yang pada mulanya rimas semasa disana kemudian bertermu seorang pakcik yang telah memberikan sesuatu sehingga dia merasakan sesuatu yang indah dan menyebabkan dia sedar dan berubah kemudiannya. Alhamdulillah. Cerpen paling senang nak faham. Eh! riak pula aku. Pengajaran dia jangan riak dengan dunia "hiburan" dan dunia "penuh dosa".
SI SAYAP PATAH ( Azwa Asham )
" Aduh! Keparat! Aku hanya dapat memandang dari sisi tapak kasut Ryan yang semakin menjauh diikuti hilai tawa yang menjengkelkan dari lelaki-lelaki busuk itu. Aku sempat menangkap raut wajah sayu Ryan yang menoleh ke arahku dan aku pasti, sangat pasti, dia hampir mengalirkan air mata. Apa semua ini?!!
Zara anak kepada seorang gelandangan. Yang bosan dengan hidup asal kemudian menjadi seorang yang kaya. Kemudian bertemu dengan ayahnya kembali ketika dia cuba dirogol oleh sekumpulan lelaki. Tetapi aka tujuan ayahnya membuat dia sebegitu sebaik sahaja menyelamatkan anaknya dari diserang oleh lain?? Kenapa dia menyakiti anak dia sendiri selepas terselamat dari disakiti oleh orang lain?? Jawapan. Bacalah sendiri. Apapun untuk cerpen ini boleh masuk dek akal. Cuma 'syurga' idaman bersama tu macam orang dah hilang akal. Ah! persetanlah apa yang aku cakap, dah memang jalan cerita dan itu yang penulis nak sampaikan.
LARI JANGAN BERHENTI ( Farid Arif )
" Nafsu sering disalahertikan sebagai sesuatau yang jahat tetapi nafsu juga terdiri daripada nafsu yang bak dan sebaliknya. Dan dia pasti sekali bahawa dia tergolong dalam golongan nafsu lawamah. Nafsu ini diertikan sebagai seseorang yang tahu dia sedang bergelumang dengan dosa tetapi mereka masih lakukan tanpa rasa bersalah. "
Bila pengalaman menjadi kebiasaan. Bila kebiasaan menjadi punca hidup. Macam-macam boleh megubah sesuatu yang haram jadi halal dan yang tak elok dari elok. Iman seseorang lain-lain dengan situasi dan kehendak yang berlainan. So bagi aku untuk tajuk ini, kadang-kadang kita tak boleh menilai seseorang dari berapa banyak dia tahu tentang sesuatu hanya dengan belajar tetapi tidak mengalami dan berapa banyak pengalaman yang pernah dilalui sebagai pengajaran. ( pendek kata baik ajaran kadang-kadang yang menjadi hanya lah satu keburukan kalau iman tidak sekuat ajaran yang di ajar. Perhhhh ayat aku.)
TERPEDAYA TERCALAR TERBAKAR ( Hajar Zainal )
" Ida tak faham. Ini bukan syurga! Bila kita ada rumah besar, kereta...itu barulah nama nya syurga."
Tamak kerana harta. Tidak bersyukur dengan apa yang ada. Orang tamak selalu rugi. Dah rugi bertengket-tengket bala datang.Pastu cemburulak dengan kehidupan orang lain, lebih-lebih lagi dekat orang yang pernah bersama dan bersyukur bila susah dulu.
DEMI SEBUAH JANJI
" Ini, di sini simpannya rasa sayang. Kata kau dulu sayang kau lahir dari hati. Kau ikhlas menyintai aku. Dusta! Kau tipu aku! Kau bodoh! Kau jahat! Sekarang, hati kau aku punya! Aku punya seorang! "
Tak pernah puas dengan apa yang dah ada. Eh! macam sama je dengan komen kat atas tadi. Pasal cinta orang sanggup berubah. Walaupun dah halalkan apa yang haram sebelumnya nampaknya masih ada sikap tidak puas. Pastu jadi bodoh bunuh diri pasal cinta. Kesetian kadang-kadang menyebabkan kita buta.
TERPELANTING DARI SYURGA ( Izzul Faiz )
" Ibumu lebih tahu apa ynag terbaik untukmu dan andai tersalah pilihannya nanti, moga jadi pengajaran di kemudian hari dan aku maafkan segala salah dan silapnya pada diri ini."
Biasalah kehidupan kita. Kalaua tidak dapat restu pun susah. Ambik keputusan yang drastik pun susah. Bila ada suara-suara kasar yang menghasut makinlah membuatkan seseorang susah untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Terlalukan seseorang tanpa usul periksa. (Asal aku tiba2 nak serius ni, oh lupa aku kena sindir hari ini..tq)
MENTERI JENAMA BARUA ( Azwar Kamaruzaman )
" Ketika ini, semua orang tertanya-tanya, kemanakah ' Perdana Menteri' kesayangan mereka pergi? Di mana dia sekarang? Apa dia baru sedar syurga di dunia tidak indah? "
Pertama kali baca terus cakap macam ni dalam hati "ah..politik..benci " aku jenis tidak suka politik tapi bukan bermakna aku akan ikut segala rusuhan yang ada. Nanti aku kena halau dari sini baru padan muka aku. OK..pasal tajuk ini 'simple' mudah nak faham. Kejadian-kejadian dalam jalan cerita ini pun macam apa yang pernah berlaku luar cerpen. Biasalah kerna harta sanggup buat apa saja. Sampai lupa akan kebahagiaan yang sedia ada. Itu je lah. Pencek cerita ini tamakkan kuasa dan politik.
UNTUK SAAT ITU ( Azhar Ibrahim )
" Selama 17 tahun itulah manusia tidak lagi berbuat kerosakan kepada Bumi, sekurang-kurangnya itu adalah fakta yang aku tahu di sini. Manakan tidak, inikan peluang Bumi untuk membalas dendam? Tidak pula aku ketahuan tentang kota-kota besi di lain-lain tempat pelusuk dunia. Masih berdirikah kota-kota itu diterajang alam siang malam, 24 jam sehari, 7 hari seminggu? Memang tidak ada cata yang macam mana sekalipun untuk mengetahui nasib manusia yang lain."
Aku minta maaf. Sebab dah banyak kali aku baca. Tapi aku tak faham jalan cerita. Adakah dia penjenayah? Adakah dia bahan ujikaji?? Maaf ya.
PENAGIH DARAH HITAM ( Taufiq Khadri )
" Prinsip Ivy, SEKS = Semoga Engkau Kenang Selamanya. "
" I bunuh you sebab I terlalu sayangkan you... Doktor kata I dan anak kita kena HIV, " terus dicampak kepala itu.Baiklah. Cerpen ini aku ambik dua petikan sebab yang pertama tu tak pernah terfikir pun ayat macam tu. Selalu aku dengar "Hacks" je. Kantoi tengok cerita tu. HEHEHEH. Cerita ini melibatkan kebencian seseorang kepada agama islam. Menyalahkan agama atas apa yang terjadi. Apabila sesuatu yang cuba dilakukan tidak berjaya maka peluang terakhir akan dilakukan. Tapi itu memakan diri sendiri sebab cinta yang terhasil dari seorang yang ikhlas menerima kemudian terhadap diri sendiri yang telah mendapat balasan.
SUJUD DUA KIBLAT ( Fatin Nadhira )
" Kerana aku, insan yng tak beraslah merana. Tuhan ada tapi tidak membawa aku, mujur Dia sempat menjadikan Hawa. Sekurang-kurangnya aku bahagia di sini. Sujud dua kiblat tak salah kerana Dia yang memberikan pilihan itu."
Ehmmm..berat...sebab banyak main agama. Takut lak nak komen. Perasaan terlalu percaya dan obses. Dua agama dia percaya selepas sesuatu kejadian yang belaku. Kemudian persaan menyesal memakan diri. Kurang yakin dengan tuhan yang satu menyebabkan tuhan lain di sembah. Lebih kuranglah.
DIA TAK GILA ( Aziz Harun )
" "Pantas kau, orang tua gila!" ucap lelaki di hadapannya seraya melutut di sisi sekujur tubuh wanita penuh berdarah lalu tangannya dimasukkan ke dalam dada yang sudah separa terburai itu. Dengan segala kudrat yang ada, lelaki itu merobek keluar seketul hati yang terpahat kuat namanya. " I takkan sakiti hati you. Janji." "
Cerpen terakhir dalam Lari Dari Syurga. Ganas. Tapikan jahat sangatlah. Tiba-tiba je nak membunuh. Perempuan lainkan banyak. Heheheheh. Gegay tu pula jahat. Pasal keuntungan sanggup menggadaikan nyawa orang lain untuk mendapatkan jalan cerita dan kisah yang lain.
Kata-kata AkhirAlhamdulillah. Habislah sudah review yang aku buat. Berjela-jela. Biarlah apa orang nak cakap aku ini buat esei ke apa ke. Aku budak baru belajar. Jadi kalau ada apa kekurangan sila komen dan ajarlah aku ye. Kalau ada yang tak sefahaman dengan apa yang aku komen boleh je komen balik. Terima kasih. Assalamualaikum.
Selasa, 14 Januari 2014
Nisan tanpa nama
Air mata ku jatuh
Merindukan satu kunci
Pernah membuka hati ku
Yang dulunya tertutup untuk dicintai
Setitik demi setitik
Kalah sudah kah aku?
Tiap malam aku termimpi
Wajah mu
Suara yang pernah mengalunkan lagu suatu ketika dulu
Masih terasa belai kasihmu
Mampukah aku melupakanmu hanya kerna aku bukan jodoh yang tercipta untuk mu
Terus lah menagis
Biarkan jiwa mu bercerita
Cerita kenangan lalu
Yang hanya berlaku sekali dalam hidup mu
Yang akan kekal terkubur bernisan tanpa nama.
Merindukan satu kunci
Pernah membuka hati ku
Yang dulunya tertutup untuk dicintai
Setitik demi setitik
Kalah sudah kah aku?
Tiap malam aku termimpi
Wajah mu
Suara yang pernah mengalunkan lagu suatu ketika dulu
Masih terasa belai kasihmu
Mampukah aku melupakanmu hanya kerna aku bukan jodoh yang tercipta untuk mu
Terus lah menagis
Biarkan jiwa mu bercerita
Cerita kenangan lalu
Yang hanya berlaku sekali dalam hidup mu
Yang akan kekal terkubur bernisan tanpa nama.
Sabtu, 11 Januari 2014
Senjata Kecil Ku
puisi "senjata kecil ku"
dulu
bila aku mula menangis
tiada apa yang akan mampu membuat aku tenang
tetapi ajaibnya ini
bila diletak di mulut ku
segalanya senyap
air mata pun tidak lagi mengalir
wajah sedih mula berubah
dari tersenyum cerah mata
hingga mata aku terpejam terlelap
rindunya zaman ini
20 tahun telah berlalu
tiada seindah kenangan lama
tinggal memori untuk di cerita
karya= srikandi terakhir/srikandi mawar hitam
dulu
bila aku mula menangis
tiada apa yang akan mampu membuat aku tenang
tetapi ajaibnya ini
bila diletak di mulut ku
segalanya senyap
air mata pun tidak lagi mengalir
wajah sedih mula berubah
dari tersenyum cerah mata
hingga mata aku terpejam terlelap
rindunya zaman ini
20 tahun telah berlalu
tiada seindah kenangan lama
tinggal memori untuk di cerita
karya= srikandi terakhir/srikandi mawar hitam
Rabu, 1 Januari 2014
Janji seorang manusia
Aku benci bila ada yang membuat janji kosong
Kononnya akan selalu ada dengan ku
Akan ada bila dan tiap masa
Ah..penipu
Lumrah dunia..
Payah mencari yang setia
Payah mencari yang ikhlas
Ikhlas hanya pada percakapan
Boleh jalan boleh blah
Kenapa aku nak marah?
Adakah aku terlalu mengharap?
Ye, memang aku terlalu mengharap.
mengharap akan kata-kata seorang yang bersama sahabat
Tapi aku sedar itu hanya sementara
Biarlah...mungkin ada jalan cerita lainnya
Kononnya akan selalu ada dengan ku
Akan ada bila dan tiap masa
Ah..penipu
Lumrah dunia..
Payah mencari yang setia
Payah mencari yang ikhlas
Ikhlas hanya pada percakapan
Boleh jalan boleh blah
Kenapa aku nak marah?
Adakah aku terlalu mengharap?
Ye, memang aku terlalu mengharap.
mengharap akan kata-kata seorang yang bersama sahabat
Tapi aku sedar itu hanya sementara
Biarlah...mungkin ada jalan cerita lainnya
test 3 (bnyk borak lak)
Hari ini hari baru bagi aku. Tiada lagi sepana dalam gengaman dan tiada lagi bau minyak hitam yang selalu mewangi pada badan ku. Penampilan aku berubah pada hari ini kerana hari ini hari untuk aku mencapai apa yang dikatakan impian.
" Assalamualaikum, saya rasa semua sudah dapat fail sebelum masuk ke sini tadi. Saya nak kamu semua isi borang yang ada dalam fail tu kemudian saya nak kamu hantar pada saya sekarang juga ye. Tulisan tu biar elok-elok sikit ye sebab kalau payah nak baca saya jugak yang susah. " kata pensyarah yang sudah agak lanjut usia. Pencen tak lama lagi kot. Ish, memandai pulakkan saya nak menilai orang.
...........................................................................................................................................
" Iha, hari ini kau jaga budak baru masukkan?. Kau ada buat plan tak nak kenakan pelajar baru? " Tanya Malik rasan sekelas Iha. Senior yang suka membuat sesuatu untuk kenangan pada pelajar baru.
" Entahlah Malik. Muak jugak kalau asyik kenakan diaorang dengan telur, tepung dan air longkang. Kau ada idea lain tak? " Jawabnya walapun tengah kusyuk membaca novel yang dibawanya dari rumah.
" Apa kata kita suruh mereka buat satu puisi? " cadangan shiela.
" Eh, aku ingatkan kau termenung memikirkan mamat-mamat hensem baru masuk tadi. Rupanya kau dengar apa yang aku dan iha borakkan. " sindir Malik.
" Memang pun aku tengah fikirkan mamat-mamat hensem tu tapi tak boleh lawan hensem balak aku. You Know??!! " jawab shiela sambil mencubit lengan malik. Geram nampaknya
" I know lah bangang. Sakitlah paloi. " kan dah keluar bahasa sarawak Malik. Mesti sakit gilalah kena cubitan dari Shiela tu. Iha hanya ketawa melihat telatah mereka berdua yang dah macam budak-budak.
" Ha..aku ada idea. Apa kata malam last orentasi tu kita suruh salah seorang pelajar baru ni buat puisi. " tiab-tiba lak mamat nie dapat idea lagi.
" Puisi tu untuk siapa? Kau ke? " jawab Shiela sambil menarik tag nama Malik sampai muka malik hampir nak hempap meja. Ganasnya.
" Kalau hidung aku padah tadi, siap kau. Puisi tu untuk Iha lah.
*sory tgntung..org call td so tgntunggg.
" Assalamualaikum, saya rasa semua sudah dapat fail sebelum masuk ke sini tadi. Saya nak kamu semua isi borang yang ada dalam fail tu kemudian saya nak kamu hantar pada saya sekarang juga ye. Tulisan tu biar elok-elok sikit ye sebab kalau payah nak baca saya jugak yang susah. " kata pensyarah yang sudah agak lanjut usia. Pencen tak lama lagi kot. Ish, memandai pulakkan saya nak menilai orang.
...........................................................................................................................................
" Iha, hari ini kau jaga budak baru masukkan?. Kau ada buat plan tak nak kenakan pelajar baru? " Tanya Malik rasan sekelas Iha. Senior yang suka membuat sesuatu untuk kenangan pada pelajar baru.
" Entahlah Malik. Muak jugak kalau asyik kenakan diaorang dengan telur, tepung dan air longkang. Kau ada idea lain tak? " Jawabnya walapun tengah kusyuk membaca novel yang dibawanya dari rumah.
" Apa kata kita suruh mereka buat satu puisi? " cadangan shiela.
" Eh, aku ingatkan kau termenung memikirkan mamat-mamat hensem baru masuk tadi. Rupanya kau dengar apa yang aku dan iha borakkan. " sindir Malik.
" Memang pun aku tengah fikirkan mamat-mamat hensem tu tapi tak boleh lawan hensem balak aku. You Know??!! " jawab shiela sambil mencubit lengan malik. Geram nampaknya
" I know lah bangang. Sakitlah paloi. " kan dah keluar bahasa sarawak Malik. Mesti sakit gilalah kena cubitan dari Shiela tu. Iha hanya ketawa melihat telatah mereka berdua yang dah macam budak-budak.
" Ha..aku ada idea. Apa kata malam last orentasi tu kita suruh salah seorang pelajar baru ni buat puisi. " tiab-tiba lak mamat nie dapat idea lagi.
" Puisi tu untuk siapa? Kau ke? " jawab Shiela sambil menarik tag nama Malik sampai muka malik hampir nak hempap meja. Ganasnya.
" Kalau hidung aku padah tadi, siap kau. Puisi tu untuk Iha lah.
*sory tgntung..org call td so tgntunggg.
1/1/14 petang tahun baru
ALLAH memberi segala rahmat..
rahmat yang diberinya untuk semua mahluk ciptaannya
Alhamdulillah turunnya hujan
rahmat yang diberinya untuk semua mahluk ciptaannya
Alhamdulillah turunnya hujan
membasah bumi..memberi kenikmatan pada kita
juga memberi kesedaran pada kita manusia
Segalanya terjadi bukan saja-saja terjadi
ada hikmah yang ingin ditunjukkan DIA pada kita semua
tahun baru penuh drama penuh cerita
dan penuh konflik
punya agenda punya rancangan
juga memberi kesedaran pada kita manusia
Segalanya terjadi bukan saja-saja terjadi
ada hikmah yang ingin ditunjukkan DIA pada kita semua
tahun baru penuh drama penuh cerita
dan penuh konflik
punya agenda punya rancangan
moga bukan kita yang jadi mangsa amokan meraka
selamat tahun baru dengan niat yang baru dan wawasan yang baru.
selamat tahun baru dengan niat yang baru dan wawasan yang baru.
Kesunyian Ku Merindui Mu
Hening,
di tengah malam yg sepi,
duduk aku seorang diri di saat suara jam dinding kedengaran
yang saat itu menunjukkn pukul 12.00
saat itu pula di kejauhan
terdengar suara lolongan anjing malam,
saat itulah terlihat bayanganmu,
senyummu,
candamu tawamu,
semua masih membekas di benakku.
aku rindu kamu...kasih
i love you forever,
semua pengorbananmu adalah kebanggaanku,
kekuranganmu selalu aku tutupi dengan kelebihan yg kau miliki,
sungguh engkau luarbiasa,
seandainya aku bisa pasti aku mampu tuk slalu bersamamu
**hasil karya seorang yang berjiwa seni tapi penuh "keindahan" yang melampau di minda nya. (otak kuninglah)
di tengah malam yg sepi,
duduk aku seorang diri di saat suara jam dinding kedengaran
yang saat itu menunjukkn pukul 12.00
saat itu pula di kejauhan
terdengar suara lolongan anjing malam,
saat itulah terlihat bayanganmu,
senyummu,
candamu tawamu,
semua masih membekas di benakku.
aku rindu kamu...kasih
i love you forever,
semua pengorbananmu adalah kebanggaanku,
kekuranganmu selalu aku tutupi dengan kelebihan yg kau miliki,
sungguh engkau luarbiasa,
seandainya aku bisa pasti aku mampu tuk slalu bersamamu
**hasil karya seorang yang berjiwa seni tapi penuh "keindahan" yang melampau di minda nya. (otak kuninglah)
Selamat Tahun Baru 2014 Alhamdulillah TQ ALLAH
Bismillahhirahmannirrahim
Al-fatihah dibaca pembuka doa.
Doa dibaca penuh kusyuk penuh niat.
Tipulah kita tanpa meminta,
hanya padanya hajat di panjat.
Nyawa ditiup menghidupkan jantung.
Nyawa ditiup menghidupkan jantung.
Memberi nadi pada yang bernyawa.
Aku meminta panjangkan usia,
dan diberi segala nikmat pahala.
Rezeki diberi satu persatu,
Rezeki diberi satu persatu,
dugaan diuji sudahlah tentu,
Insyallah pada tahun yang baru,
Insyallah pada tahun yang baru,
lupakan lama tempuh yang baru.
Hidupnya aku penuh cabaran,
Hidupnya aku penuh cabaran,
satu persatu tempuh segala,
maaf dipinta wahai kawan,
segala salah kita bersama
Berdetik waktu tanpa henti,
Berdetik waktu tanpa henti,
bertemu lagi di tahun baru
jika aku terpaksa pergi,
jika aku terpaksa pergi,
ingat aku dalam doa mu.
ps: Kalau boleh tahun baru ini aku nak jadi otomen. tapi aku tak nak pakai baju sarung sampai kepala pastu mata juling.
Kalau boleh tahun baru ini aku nak jadi bos, tapi aku nak orang bawahan aku ajar aku dan suruh aku wat kerja jugak bukan tunggu aku bagi arahan baru ada kerja
Kalau boleh semua nak boleh. Tapi apakan daya rezeki ALLAH S.W.T dah susun kita punya rezeki. Apa-apa pun kita berusaha selagi boleh. ALLAH suka menguji umatnya yang tersayang. Kitakan kesayangan DIA.
ps: Kalau boleh tahun baru ini aku nak jadi otomen. tapi aku tak nak pakai baju sarung sampai kepala pastu mata juling.
Kalau boleh tahun baru ini aku nak jadi bos, tapi aku nak orang bawahan aku ajar aku dan suruh aku wat kerja jugak bukan tunggu aku bagi arahan baru ada kerja
Kalau boleh semua nak boleh. Tapi apakan daya rezeki ALLAH S.W.T dah susun kita punya rezeki. Apa-apa pun kita berusaha selagi boleh. ALLAH suka menguji umatnya yang tersayang. Kitakan kesayangan DIA.
Awek Aiskrim (tajuk tak komform lagi)
Syafik suka pergi taman sana. Kat sana syafik boleh berjumpa Sara. Syafik suka tengok Sara. Sara manis. Suka makan aiskrim. Tiap-tiap hari Syafik nak tengok Sara. Tapi Sara tak tahu Syafik suka tengok dia.
Syafik cuba tegur Sara. Tapi Syafik tak berani. Syafik ada idea. Syafik beli aiskrim. Ya, aiskrim itu untuk Sara.
" Nah aiskrim ni untuk awak." kata Syafik dengan nada malu-malu.
Sambil mengambil aiskrim, sara bertanya .
" Mana awak tahu saya suka Aiskrim? "
Bersambung.......
cetusan idea : Double A
https://www.facebook.com/amirul.amin.3545443?fref=ts
( baca sambungannya disini )
Syafik cuba tegur Sara. Tapi Syafik tak berani. Syafik ada idea. Syafik beli aiskrim. Ya, aiskrim itu untuk Sara.
" Nah aiskrim ni untuk awak." kata Syafik dengan nada malu-malu.
Sambil mengambil aiskrim, sara bertanya .
" Mana awak tahu saya suka Aiskrim? "
Bersambung.......
cetusan idea : Double A
https://www.facebook.com/amirul.amin.3545443?fref=ts
( baca sambungannya disini )