Hari ini hari baru bagi aku. Tiada lagi sepana dalam gengaman dan tiada lagi bau minyak hitam yang selalu mewangi pada badan ku. Penampilan aku berubah pada hari ini kerana hari ini hari untuk aku mencapai apa yang dikatakan impian.
" Assalamualaikum, saya rasa semua sudah dapat fail sebelum masuk ke sini tadi. Saya nak kamu semua isi borang yang ada dalam fail tu kemudian saya nak kamu hantar pada saya sekarang juga ye. Tulisan tu biar elok-elok sikit ye sebab kalau payah nak baca saya jugak yang susah. " kata pensyarah yang sudah agak lanjut usia. Pencen tak lama lagi kot. Ish, memandai pulakkan saya nak menilai orang.
...........................................................................................................................................
" Iha, hari ini kau jaga budak baru masukkan?. Kau ada buat plan tak nak kenakan pelajar baru? " Tanya Malik rasan sekelas Iha. Senior yang suka membuat sesuatu untuk kenangan pada pelajar baru.
" Entahlah Malik. Muak jugak kalau asyik kenakan diaorang dengan telur, tepung dan air longkang. Kau ada idea lain tak? " Jawabnya walapun tengah kusyuk membaca novel yang dibawanya dari rumah.
" Apa kata kita suruh mereka buat satu puisi? " cadangan shiela.
" Eh, aku ingatkan kau termenung memikirkan mamat-mamat hensem baru masuk tadi. Rupanya kau dengar apa yang aku dan iha borakkan. " sindir Malik.
" Memang pun aku tengah fikirkan mamat-mamat hensem tu tapi tak boleh lawan hensem balak aku. You Know??!! " jawab shiela sambil mencubit lengan malik. Geram nampaknya
" I know lah bangang. Sakitlah paloi. " kan dah keluar bahasa sarawak Malik. Mesti sakit gilalah kena cubitan dari Shiela tu. Iha hanya ketawa melihat telatah mereka berdua yang dah macam budak-budak.
" Ha..aku ada idea. Apa kata malam last orentasi tu kita suruh salah seorang pelajar baru ni buat puisi. " tiab-tiba lak mamat nie dapat idea lagi.
" Puisi tu untuk siapa? Kau ke? " jawab Shiela sambil menarik tag nama Malik sampai muka malik hampir nak hempap meja. Ganasnya.
" Kalau hidung aku padah tadi, siap kau. Puisi tu untuk Iha lah.
*sory tgntung..org call td so tgntunggg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan