Ahad, 2 Februari 2014

Tekanan Darah Tinggi/ Hypertension

 Assalamualaikum. Susah juga menaip bila huruf pada keyboard dah terbalik ni. Komputer lamakan. Asal boleh pakai sudah.

Baiklah kali ini aku akan kongsikan apa yang aku tahu dan apa yang aku belajar. Sebelum itu, aku ini hanya seorang pembaca yang banyak membaca tapi mengikut bacaan yang aku minat saja.

Kita kembali ke tajuk utama:

Tekanan darah tinggi.Merupakan salah satu pembunuh senya. Ia dipanggil pembunuh senyap kerana tidak ada memberi apa-apa efek, symptom, amaran atau tanda-tanda sakit.

Jika tidak dirawat ia boleh membawa kepada risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pingang dan demensia.

Antara faktor penyebab penyakit ini ialah :
  1. Sejarah keluarga (mungkin ada ahli keluarga yang menghidap penyakit yang sama)
  2. Usia
  3. Etnik keluarga
  4. Gaya hidup 
Ada 7 langkah untuk kurangkan tekanan Darang Tinggi :
  1. Kurangkan berat badan (tidak perlu kurangkan terlalu banyak. Cukup hanya sekadar seimbang dengan ketinggian, gunakan cara BMI untuk mengetahu berat badan yang seimbang.)
  2. Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit sehari untuk 3 hingga 4 kali seminggu.
  3. Kurangkan garam
  4. Jangan merokok
  5. Kurangkan stress ( Jangan terlalu merasa tekanan & tidur awal )
  6. Amalkan diet yang sihat
  7. Jangan leka

* Kita bersenam untuk sihat. nak jadi lebih dari tu boleh je. Tapi kena ada step yang betol lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan