Sabtu, 12 April 2014

KUPU-KUPU MALAM (CERPEN 1)

Hari ini satu nyawa aku hapuskan. Manusia yang seperti ini memang patut aku hapuskan. Tidak akan aku biarkan manusia begini hidup didunia. Tapi mampukah aku untuk melindungi mereka yang tidak bersalah.Mungkin orang kata aku ini merasa sepeti tuhan. Tidak, aku tidak pernah merasakan aku seperti tuhan. Tapi aku tidak mahu ada mereka yang terseksa.

" Ayah sayangkan Aisyah. "

Sayang?!. Perkataan pancing manusia bertopengkan syaitan dan berhatikan binatang. Penipu. Sanggup kau buat aku seperti manusia yang tidak punya perasaan dan jiwa.

Hari ini nyawa seorang lelaki telah aku tamatkan riwayatnya. Dengan sekali kelar dari hujung telinga kanan ke kiri, darah melimpah mengalir. Membasahi cadar murah diatas katil murah yang hampir patah. Matanya terbeliak, mengalir air mata menahan sakit. Kerambit yang aku guna tadi aku lap dengan kain tuala yang sudah buruk atas meja solek. Hodoh nyawa yang baru saja hilang nyawa ini, sudahlah hodoh perangai, dalam poket penuh habuk. Hotel murah juga jadi pilihan semata-mata ingin memuaskan nafsu. Ya, nafsu binatang yang dah menyebabkan dua orang wanita bunuh diri akibat dibuntingkan engkau dengan perkataan sayang, cinta, dan janji kosong kau taburkan.

Aku biarkan bangkai manusia bodoh ini begitu. Aku pakaikan balik baju jaket yang aku dah buka tadi. Aku sempat mencalit gincu dibibirku. Habis comot akibat digomol binatang tadi. Rakus, terlalu rakus. Akibat kerakusan ini kau juga mati ditangan aku. Aku mengambil gambar mengunakan kamera telefon bimbitku. Aku tersenyum.

............................................................

Aku buka jaket aku, panas. Kipas aku hidupkan. Televisyen aku hidupkan dan suaranya aku kuatkan. Aku ke bilik air, aku pusingkan kepala paip dan aku biarkan air melimpah ke dalam tab. Sebatang lilin berbau haruman lavendar aku nyalakan. Enak, sungguh enak. Sehelai demi sehelai kain yang membaluti badan aku buka. Air yang mengalir dari paip tadi aku hentikan dengan memutarkan kembali kepala paipnya. Aku masuk kedalam tab. Lega, sunggu lega selepas penat sehari-hari memburu. Aku masukan sabun ke dalam tab dan aku biarkan dia menjadi buih.

" Seorang lelaki dikelar di hotel murahan. Pembunuhan ini adalah yang ke tiga puluh sembilan dalam tempoh 2 bulan."

Aku tersenyum, aku ketawa. Puas, memang puas hati aku. Ketawa aku terhenti, ada air berhaba suam panas terasa diwajah. Ini bukan air yang dalam tab, ya bukan. Murah rupanya airmata aku. Kenapa kau keluar? Aku selamkan seluruh badan dan kepala aku ke dalam tab.Biarkan agak lama, walaupun aku tahu masa aku belum tiba.

...........................................................
Hari ini tugasan terakhir aku. Aku menunggu di satu restoran mewah. Aku menunggu di sudut tengah dengan sepasang pakaian yang berwarna merah ditubuhku.

" Hai, you Ais ? "
" Hai, yes, I Ais, and you Dato Bahri ? "
" Hahahaha. Yes i Dato Bahri, maaf jika I agak telat sampainya. " Bersalaman tangan aku dengan dia, bibir dia terus ke tangan aku. Ah, lagak romentik.
" Tidak mengapa, I baru juga sampai tadi. "
" Kau lambat datang tidak mengapa akan aku percepatkan pulangnya engkau nanti "

Seperti biasa, seperti sebelum-sebelumnya, aku dibawa ke satu bilik. Kali ini bilik hotel mahal. Kali ini aku ditaburkan dengan kertas yang punya nilainya. Aku biarkan dulu, aku biarkan dia bermain dengan anak patung. Pelahan aku menarik kerambit di celah tali pakaian dalam ku. Dengan kelaran yang pelahan, pelahan-lahan menarik nyawa yang sedang sedap megomol tadi. Sekali lagi darah mengalir, mengalirnya darah ini tidak dapat mengantikan kanak-kanak terecat akal yang kau dah perlakukan seperti binatang. Tanpa belas kesian kau merogol mereka dan kau tutup mulut pihak yang terbabit dengan wang yang kau rasa hanya kau saja yang layak perlakukan sebegitu.

Kali ini aku biarkan saja darah disenjata ku. Telefon didalam beg tangan aku ambil. Aku menelefon. Kemudian aku tunggu. Beberapa minit kemudian pintu bilik diketuk. Tidak dibuka oleh aku, aku menunggu di penjuru katil. Setelah agak lama diketuk dan tidak dibukakan pintu, pintu itu terbuka. Mungkin menggunakan kunci pendua bilik ini. Sekumpulan anggota polis memenuhi bilik ini. Terpampang riak terkejut diwajah mereka.

" ANGKAT TANGAN JANGAN BERGERAK " mereka mengeluarkan arahan apa bila aku berdiri dan menuju ke arah mereka. Aku hulurkan tangan aku kepada mereka. Seperti aku merelakan untuk digari. Tangan aku digari. Aku diiring masuk ke dalam kereta polis. Bermulalah satu kisah baru yang singkat.

........................................................

 
" Nur Aisyah Binti Abdullah. Kamu telah membunuh seramai 40 orang dan disabit bersalah. Kamu akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Ada apa-apa rayuan atau yang hendak diperkatakan. " Soal Hakim di mahkamah.

Aku senyum. Ya mungkin ini yang aku tunggu. Saat yang aku tunggu setelah tamat segala tugasku.

" Saya tidak mahu apa-apa yang arif. Saya menerima hukuman yang telah ditetapkan. Kerana saya telah selesaikan tugas saya, tugas menghapuskan manusia yang sanggup menghilangkan keceriaan dan kebahagian orang lain. Sepanjang apa yang mereka buat, ramai yang menunduk, memekakkan telinga dan membutakan mata. Segala perkosaan dan pencabulan dilakukan, mereka tutup dengan duit, sehingga ada beberapa nyawa melayang membunuh diri sendiri bersama-sama nyawa yang tidak bersalah didalam tubuh mereka. Kerana manusia seperti mereka inilah ibu saya minum racun dan mati di depan saya. Kerana manusia seperti mereka inilah saya pernah dicabul kehormatan oleh seorang lelaki yang saya panggil ayah walaupun dia ayah tiri saya. Saya terima hukuman tanpa rayuan."

Tiada setitik air mata mengalir. Masanya sudah tiba. Ibu aisyah datang. Ibu, maafkan aisyah terpaksa membawa ibu sekali bersama dengan aisyah ke neraka.

nf_is (halus)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan