Sedang aku berehat sambil membaca novel, ada mesej perbualan
masuk kedengaran dari telefon bimbit aku. Aku buka dan lihat siapa yang
menghantarkan mesej kemudian baca.
Salam beb, kau buat apa? Bz tak?
Wsalam. Tak ada buat apa ni. Tengah baca novel. Awat?
Aku ada masalahlah, bf aku wat hal. Aku tunggu dia mesej, tapi sehari-hari dia tak mesej aku. Aku risau. Tapi bila dah bermesej dia lak macam naik angin kat aku. Aku tahu dia ada masalah, tapi aku pun tak nak lah bila aku buat tak ambik tahu dia anggap aku tak sibuk pasal dia.
Ego tu beb. Kau sabarlah ye. Kau biarkan dulu.
Tapi aku terasa hati beb. Dia cakap aku mesej dia macam meroyan sangat-sangat dah. Macam salah kesalahan pula bila aku cari dia. Dulu mesej hari-hari tak ada pun macam ni,
Dia tengah ada masalahkan. Kau bawak bersabar. Kau tenang. Memang sakit hati bila orang yang kita sayang cakap macam tu. Tapi kau kena faham. Dia terasa tekanan tu.
Entahlah beb. Aku ingat nak datang lepak rumah kau hari ini. Boleh tak?
Mai lah. Nanti dah nak sampai bagi tau ye. Pagar aku dah kunci dah tu.
Baiklah dalam 15 minit macam tu aku datang. Aku nak beli makanan sekali. Kau ada pesan tak?
Tak ada apa pesanan. Cuma aku nak kau hati-hati je.

Baiklah, nanti aku telefon kau ok.
ok.
Aku tengok jam. Nasib baik masih awal. Kalau sudah lewat memang aku tak bagi Baby keluar sekarang. Risau pula aku dengan kawan aku yang sorang ini. Obses sangat. Balak dia pun sorang. Kot ya pun tak payah lah buat gf sampai macam tu. Entahlah. Macam-macam orang sekarang ini. Budak-budak pun bercinta mengalahkan orang tua. Dunia oh dunia.
………………………………………………………………………………
Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. Aku bangun. Hari ini hari malas aku. Sabtu datang mengikut giliran adik beradik lainnya. Tidak pula aku tahu isnin sampai ahad ini siapa tua siapa bongsu. Yang aku tahu setiap hari ada nama dia. Setiap hari ada tarikh tersendiri. Masa tak pernah tunggu, dia berjalan dan terus berlalu tanpa pernah menoleh kembali pada masa-masa dan waktu yang lalu. Kan elok jika kita dapat jadi seperti masa. Tapi hakikatnya kita manusia yang punya akal dan minda. Bukanya satu benda atau mesin yang telah ditetapkan tugasnya.
Aku bangun. Terus ke bilik air. Aku basahkan muka, kemudian aku megambil berus gigi dan aku letakkan ubat gigi di atas berus gigi itu. Selesai memberus dan berkumuh, aku basahkan lagi muka aku kemudian aku mengambil sabun muka. Aku biarkan dahulu sabun itu berbuih di telapak tangan aku kemudian aku tonyoh dimuka. Bila sudah puas aku bilas dengan air bersih. Segar rasanya.
Aku keluar dari bilik dan melihat Baby di sebelah. Kesian pula aku lihat dia ni. Tisu penuh atas lantai dan atas katil. Mungkin dia menagis lagi tadi. Nampak sambam wajahnya. Mata kembang. Kuat juga penangan cinta ini ya.
Aku ke dapur. Aku biarkan air mengalir masuk ke dalam cerek. Aku mengambil roti kemudian di masukkan ke dalam pembakar roti. Pinggan aku keluarkan dari almari tempat aku meletakkan pinggang-pinggan dan gelas aku. Cerek penuh dengan air aku letakkan di atas dapur. Aku hidupkan api dapur dan tunggu ianya masak. Hendak rasanya masak nasi goreng, tapi aku tahu si Baby tu mana makan nasi pagi-pagi. Nak kuruslah katakana, Diet orang putih cakap.
Aku buat dua gelas air milo panas dan 4 keping roti bakar kosong. Aku letak di atas meja. Roti yang masih dalam bungkusan aku letakkan disamping mentega kacang dan jem nanas. Aku kembali ke bilik tempat Baby tidur. Sebenarnya bilik itu bilik tetamu. Bila ada orang datang di situlah tempat tidurnya.
“ Baby, bangun. Dah pagi dah ni.”
Baby menarik sedikit bantal yang menutupi kepala dan wajahnya. Nampak matanya, kembang. Ditutupnya kembali dengan bantal. Aku mengelengkan kepala. Aku bangun.
“ Kau nak bangun sendiri kea tau kau nak aku simbah pakai air? “ Aku mendesak. Nampaknya aku terpaksa mengugut.
Tiba-tiba tangan Baby terangkat seperti tanda menyerah diri. Ha…bangun pun.
Aku tunggu Baby di meja makan. Muka Baby pagi itu nampak macam momok baru lepas buat rakaman cerita hantu ja.
“ Kau dah cuci muka? Dah gosok gigi? “ Aku bertanya.
Baby mengangguk saja. Dia letak kepalanya di atas meja. Alah kesian. Macam budak-budak. Sesuailah sangat dengan nama panggilan dia.
“ Nah makan sarapan ni. Pasni kita keluar. Kita shopping dan pergi tengok wayang ke apa.”
Aku hulurkan roti yang dah disapu jem nanas. Baby ambil dan kemudian menggigit sedikit roti itu. Kadang-kadang aku terfikir, adakah cinta ini salah satu penyakit yang menyebabkan orang jadi gila dan jadi murung. Selalu dalam buku yang aku baca, cinta ini semuanya indah. BIla tengok drama aku tengok cinta ini juga punca kita bermusuh dengan orang lain. Hai, susah juga cinta ini ya. Tidak kurangnya bila cinta manusia lebih-lebih diagungkan dari cinta kepada Penciptanya. Kita mudah lupa, mudah alpa bila sesuatu itu indah bagi kita.
……………………………………………………………………
Aku tengah membelek buku novel yang ada dalam kedai. Satu-satu sinopsis yang ada pada setiap buku yang aku pegang aku baca. Rambang juga mata tengok buku-buku ni. Aku biarkan Baby di sebelah. Itu je terapi dia. Terapi untuk tekanan jiwa yang dihadapi.
Selepas aku membeli sebuah buku, aku pergi ke kedai yang menjual air minuman. Kemudian aku duduk di kerusi yang terletak di luar kedai pakaian dimana Baby tengah melakukan terapinya. Belum puas hati rasanya. Mungkin bila dah kering poket baru dia sedar agaknya.
Dari jauh aku perhatikan setiap pergerakkan dan tingkah laku manusia sekeliling aku. Ada yang tengah bahagia, ada yang tengah sedih dan ada yang seperti kosong mindanya. Aku sumbat earfon di telinga ku, dan aku biarkan muzik menusiki gegendang telinga dan terus ke otak mentafsir lirik-lirik yang dinyanyikan. Aku menunggu Baby abis membayar pakaian yang dia pilih

Tiada ulasan:
Catat Ulasan