Selasa, 27 Januari 2015

REVIEW : TIADA TAJUK ( Ismi Fa Ismail )

Tajuk : Tiada Tajuk
muka depan

Penulis : Ismi Fa. Ismail (ismifaismail@yahoo.com)

ISBN : 978-967-10192-4-5

Terbitan : I F I ENTERPRISE

Cetakan : V (2014)

Jumlah Muka Surat : 277



Sinopsis

Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaa?

TAK PAYAH.
 
Kalau nak juga, jangan baca novel ini. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan..
Jangan gusar dengan kulitnya yang kosong.
Memang begitu. Sebab novel ini tak ada tajuk. Dan ia adalah sebuah sekuel. Sekuel kepada apa anda tanya? Cari Sendiri. Novel saya sebelum ini yang kulit depannya hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca yang itu dahulu. Baru anda boleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.

Ismi Fa Ismail



Ulasan / Komen

Adalah lebih baiknya pembaca membaca buku pertama yang bertajuk "Jangan Baca Novel Ini". Ini kerana novel yang bertajuk Tiada Tajuk ini adalah sambungan kepada novel Jangan Baca Novel ini. Kalau baca pada sinopsisnya, percayalah novel ini tidak akan dapat membuatkan anda tersenyum membaca isinya.



Aku habis membaca buku ini dalam masa 2jam lebih. Ada sesetangah part macam buat aku rasa macam ada ja sekeliling aku. Walhal aku terbawa sedikit apa yang aku baca. Dan ada entah berapa kali aku selak-selak muka surat tertentu untuk imbas balik apa yang dah terjadi pada muka surat sebelum-sebelumnya dan selepasnya. Setakat ini aku dah macam dapat teka apa sebenarnya yang terjadi pada buku sebelum ini. Tapi aku tekaan aku ada dua. Pertama, mungkin benar ada hantu. Kedua, ini melibatkan sains untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Apa yang dikehendaki itu pula sama ada dari segi kebaikan atau pun keburukan.


Kena tunggu Buku yang ketiga. Sambungan dari buku Tiada Tajuk.

*Tahun 2013 aku beli buku yang pertama bertajuk Jangan Baca Buku Ini. Tapi aku taknak cerita mengenai buku yang pertama tu dalam entry kali ini. (tunggu nanti ada masa adalah aku update pasal buku pertama bertajuk Jangan Baca Novel Ini).


korang akan jumpa bahagian ini. Aku rasa macam tau ja apa huruf-huruf yang patut disini dalam tu.
Hehehehe..korang kena baca dan cari sendirilah apa perkataan tu nanti,


Rabu, 21 Januari 2015

PERGI (baik ko blah!!)

Pergi...pergi,
Biar aku disini,
Pergi ,
Aku tak mahu kau ada lagi

Pergilah masa lalu ku,
Jangan kau kembali menyakiti ku lagi,
Pergi...

Penat aku diganggu kau,
Kau datang bukan buat aku tenang,
malah makin buat aku gila,
Tidak pernah kau datang dengan tujuan yang indah,
Pergilah wahai cinta kerna kau hidup ku merana.

Aku tidak mahu kau ada disini,
Dihati ini yang ku rasakan telah hangus dibakar api,
Hati yang sudah berdarah ditusuk pedang rindu.

Hilang ghaiblah engkau wahai suara,
Ingin ku pekakkan telinga kerna kata-kata kau amat berbisa,
Setiap tutur rayu mu buat kaki ku mengeletar,
Namun akhirnya aku yang kecewa.

SIAPA CALIPH BUSKERS ???? Siapa ada Tengok AJL29?? ROMAN CINTA YANG THE BEST!

Assalamualaikum....

Siapa Caliph Buskers????
Mereka ialah Pemenang Persembahan Terbaik utk AJL29.
Serius mereka terbaik. (Pandai edry kru cari)
Bila aku dengar dan tengok persembahan mereka aku tak bayakan penyanyi asal lagu tu dah.
Mak aku pun puji suara dia sedap.

Dalam hati aku terus berkata-kata
"Mereka ini memang Orang Kelebihan Upaya yang telah membuatkan lagu ini jadi sedap dari biasa."

Mereka ini dalam katogeri cacat penglihatan tapi suara dan kebolehan mereka terbaik lebih baik dari kita yang celik melihat ni. Mungkin ini rezeki mereka. Aku respek dekat mereka ini sebab semangat dan cara mereka.

Allah dah bagi kelebihan pada mereka untuk menutup kekurangan yang ada. Juara dihati kami yang mendengar.

 sumber dari youtube lah ye!!! DENGARKAN!!


Ini pula facebook page diaorg..so boleh like ok. Dekat situ korang boleh tahu apa aktivit diaorang.

Ini pula instagram diaorg : CALIPHBUSKERSOFFICIAL
 
 
*ps: masa aku buat entry ini dan masa sekarang ini, aku tengah dengar lagu diaorg ni buat kali ke-4. Sedap ah...

Masalah 1



Bagaimana aku hendak menyakinkan kamu wahai ibu ku????

Ahad, 18 Januari 2015

REVIEW : SUPERBIKE ITU CINTA (Nia Qurratun'aini)

Tajuk Buku : Superbike Itu Cinta
Penulis : Nia Qurratun'aini

Terbitan : Fajar Pakeer Sdn. Bhd

Cetakkan : Ke 3 Tahun 2013

ISBN : 978-967-365-157-3

Jumlah Muka Surat : 494 muka surat

Sinopsis Novel :

" Kau gila ke apa nak suruh aku jadi suami kau?"
"Jadi suami olok-oloklah, pekak."
"Suami olok-olok kepala otak kau. Habis tu, kalau dah nikah tu apa namanya?"

Apabila melihat si penunggang superbike berwarna hijau itu, pasti tiada siapa yang menyangka pemilinya adalah seorang gadis. Gadis berambut pendek yang kasar, ego dan pantang dicabar itu hidup dalam duninya sendiri. Jika gadis sinonim dengan keayuan, AD dengan motosikal berwarna hijau itu.

Lain pula ceritanya dengan Wafi Azrel Shah, lelaki biasa namun punya karisma. Dia penuh cita rasa dan ada prinsip dalam mencari permaisuri hidup. Dia sudah menetapkan ciri-ciri yang dia kehendaki. Dia yakin gadis manja, lemah lembut dan penuh dengan keayuan seperti Nadhira adalah pilihan hatinya.

Kerana superbike, AD bertamu Wafi. Pertemuan empat mata untuk pertama kalinya sudah cukup untuk mewujudkan rasa benci antara mereka berdua. Sejak pertemuan itu lagi Wafi dan AD melancarkan perang dunia ketiga. Mati hidup semula sekalipun wafi tidak akan memandang gadis seperti AD. Ya, tidak mungkin!

"Gila! Kau ni memang gila,kan? Kau tengok jam tu pukul berapa sekarang? Pukul 10.30 malam. Kau ingat pengantin baru ada ke nak keluar rumah waktu macam ni?"
"Argh! Kau ni memang sengallah. Kan aku cakap, tak ada apa-apa perubahan lepas aku dengan kau kahwin. Kau ni bodoh ke?"
 
Siapa menjangka, takdir Tuhan telah mengikat AD dan Wafi dalam ikatan yang sah. Jika pasangan yang lain berkahwin kerana cinta, tetapi wafi dan AD atas dasar kebencian. Kerana rasa benci mereka setuju untuk menjadi suami isteri.
Ini namanya kerja gila. Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke?

Akan tetapi, semakin Wafi mengenali AD, ternyata gadis berimej lelaki itu berbeza. AD seperti menyimpan rahsia besar dalam hidupnya. Seolah-olah cuba menyembunyikan lipatan sejarah hidupnya daripada pengetahuan orang lain. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah benar ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh AD? Benci, bolehkah bertukar menjadi sesuatu yang indah?

Ulasan / Komen :
Sebelum aku memberi ulasan mengenai novel ini, aku nak beritahu aku suka membaca buku yang kebanyakkannya watak perempuan itu kasar. Mungkin bersesuaian dengan diri aku yang ada sikap tersebut. Mungkin?. Baiklah, aku mulakan ulasan mengenai buku ini dengan Bismillah.

Novel Superbike Itu Cinta ini mengisahkan mengenai dua orang pasangan yang terpaksa berkahwin atas sebab-sebab yang memaksa mereka untuk berkahwin. AD seorang gadis yang kasar membuatkan Wafi jatuh cinta padanya kerana dia nampak dalam kekasaran diri AD dia masih nampak akan kelembutan pada dirinya. Namun pun begitu keegoan dia menyebabkan dia menyimpan semua apa yang dia rasa.

AD seorang yang penuh rahsia. Dia ada kisah yang menyebabkan dia menjadi sebegitu. Gadis yang berpewatakan seperti seorang lelaki. Walaupun begitu dia seorang yang baik dan menyukai kucing. Dia menjadi kasar kerana dia sering di sakiti oleh lelaki dan menyebabkan dia menjadi gadis yang kasar dan tidak ubah seperti lelaki. Dia berkerja dan berusaha walaupun dia anak orang kaya.

Menghukum diri sendiri dengan membiarkan diri berubah menjadi orang lain ada baik ada buruknya. Mungkin ada baik pada diri sendiri namun pada pandangan orang lain mungkin tidak. Sikap dendam yang ada juga menyebabkan perhubungan sesuatu kekeluargaan menjadi tidak mesra dan renggang. Kepercayaan yang dikhianati juga menyebabkan kebencian itu terjadi. 

Semua sikap yang tak elok boleh dielokan jika sama-sama faham akan masalah masing-masing. Kedua-dua belah pihak kena sama berkerjasama dan sanggup menerima apa yang telah terjadi. Tidak membuat andaian yang bukan-bukan kerana kita bukannya insan yang sempurna dalam dunia ini. Semua orang ada kisah silam dan silap salah semasa hidup.

Nak aku bagi bintang??? Tak payah rasanya. Nak menilai sesuatu ni aku lemah sikit.hehehehe.. Apa pun pada yang dah baca novel ni bolehlah komen pandangan anda ye. Aku pun tak tahu gak apa komen korang selepas korang baca novel ni. Baiklah. terpanjang lak ulasan. Kena belajar wat ulasan pendek-pendek. Nanti korang boring baca ulasan panjang-panjang. Komen gak pasal pekongsian aku kali ini. Apa yang patut aku buat dan tak patut buat. Aku kan budak baru belajar. Banyak benda kena belajar lagi ni. Heheheh.. Baik lah. Review seterusnya aku akan update lagi.
 

Perkenalkan ADIK AINAA AMANDA SHAHZALI

Assalamualaikum..hai aku nak perkenalkan kepada korang semua Adik Ainna Amanda Shahzali. Adik ni seorang istimewa, comel dan petah berkata-kata.Aku dapat rasakan semangat yang ada pada adik amanda ni. Dia seorang yang kuat semangat dan sangat petah berkata. Semua orang sayang dia. Aku respek dengan mak abah adik amanda.

Kalau korang cari kat google banyak cita pasal adik ni. Cerita yang bertajuk "Tanganmu disyurga".  Kisah ini terjadi selepas video adik amanda dimasukkan di laman sosial ibunya dan menjadi tontonan ramai. Yang pasti kekurangan yang ada pada adik Amanda bukan menjadi penghalang baginya, keletah dan kepetahannya (dan kecomelannya) yang menghiburkan itu menyebabkan ramai yang menyukainya termasuklah aku :) . Di dalam kekurangan ada cahaya kegembiraan di dirinya yang menyebabkan dia seperti tidak merasa akan kekurangan yang ada padanya. Sokongan dan kata-kata kedua orang tuanya juga menjadi punca semangatnya menjadi teguh.

Aku nak cakap lebih pun malas (sebab aku ni tak pandai nak main ayat-ayat). Jadi aku bagi link facebook page adik amanda ni. Korang like lah eh.. comel tau.. daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ini pic yang dilukis oleh bro yang bernama Uncle Noh
CANTIK KAN!!





Page Facebook Ainaa Amanda Shahzali :
https://www.facebook.com/pages/Ainaa-Amanda-Shahzali/339107949610675?ref=br_rs



Rabu, 14 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU SAYANG..........2015

assalamualaikum...
rasanya belum terlambat aku nak ucapkan selamat tahun baru 2015
sudah tahun baru..tapi aku masih aku yang dulu
tidak mungkin manusia akan berubah dalam masa yang singkat bukan???
baik lah..tahun 2014 pergi...
aku nak cerita kisah aku pada tahun 2014
tak payah lah..semak je kenangan2 nie

14/1/2015

bukan mudah untuk tidak menceritakan masalah yang rasanya remeh bagi orang lain
aku hanya pendamkan masalah aku dan biarkan orang lain melihat aku tersenyum dari aku bersedih
sebab aku telah menipu diri aku sendiri
aku bagi mereka sedar apa tujuan mereka ada dalam dunia dan siapa diri mereka
sampai aku lupa siapa aku dan apa tujuan aku ada dalam dunia
sakit aku tiada siapa yang tahu
namun aku tahun tuhan tahu
risau ku tiada siapa peduli
tapi aku tahu tuhan tahu
bingung ku tiada siapa mengerti
tapi aku tahu tuhan tahu
aku juga tahu yang tuhan menguji aku
menguji aku untuk menerima apa yang telah terjadi
memberi aku cabaran untuk aku hidup
dan membiarkan aku sedar akan kelalaian aku selama aku bernafas
maafkan aku tuhan ku
kerna aku alpa dengan dunia mu
maafkan aku
kerna masih buta akan kekuasaan mu
maafkan aku
kerna aku sudah lama tidak sujud pada mu YA ALLAH