Penulis : Nia Qurratun'aini
Terbitan : Fajar Pakeer Sdn. Bhd
Cetakkan : Ke 3 Tahun 2013
ISBN : 978-967-365-157-3
Jumlah Muka Surat : 494 muka surat
Sinopsis Novel :
" Kau gila ke apa nak suruh aku jadi suami kau?"
"Jadi suami olok-oloklah, pekak."
"Suami olok-olok kepala otak kau. Habis tu, kalau dah nikah tu apa namanya?"
Apabila melihat si penunggang superbike berwarna hijau itu, pasti tiada siapa yang menyangka pemilinya adalah seorang gadis. Gadis berambut pendek yang kasar, ego dan pantang dicabar itu hidup dalam duninya sendiri. Jika gadis sinonim dengan keayuan, AD dengan motosikal berwarna hijau itu.
Lain pula ceritanya dengan Wafi Azrel Shah, lelaki biasa namun punya karisma. Dia penuh cita rasa dan ada prinsip dalam mencari permaisuri hidup. Dia sudah menetapkan ciri-ciri yang dia kehendaki. Dia yakin gadis manja, lemah lembut dan penuh dengan keayuan seperti Nadhira adalah pilihan hatinya.
Kerana superbike, AD bertamu Wafi. Pertemuan empat mata untuk pertama kalinya sudah cukup untuk mewujudkan rasa benci antara mereka berdua. Sejak pertemuan itu lagi Wafi dan AD melancarkan perang dunia ketiga. Mati hidup semula sekalipun wafi tidak akan memandang gadis seperti AD. Ya, tidak mungkin!
"Gila! Kau ni memang gila,kan? Kau tengok jam tu pukul berapa sekarang? Pukul 10.30 malam. Kau ingat pengantin baru ada ke nak keluar rumah waktu macam ni?"
"Argh! Kau ni memang sengallah. Kan aku cakap, tak ada apa-apa perubahan lepas aku dengan kau kahwin. Kau ni bodoh ke?"
Siapa menjangka, takdir Tuhan telah mengikat AD dan Wafi dalam ikatan yang sah. Jika pasangan yang lain berkahwin kerana cinta, tetapi wafi dan AD atas dasar kebencian. Kerana rasa benci mereka setuju untuk menjadi suami isteri.
Ini namanya kerja gila. Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke?
Akan tetapi, semakin Wafi mengenali AD, ternyata gadis berimej lelaki itu berbeza. AD seperti menyimpan rahsia besar dalam hidupnya. Seolah-olah cuba menyembunyikan lipatan sejarah hidupnya daripada pengetahuan orang lain. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah benar ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh AD? Benci, bolehkah bertukar menjadi sesuatu yang indah?
Ulasan / Komen :
Sebelum aku memberi ulasan mengenai novel ini, aku nak beritahu aku suka membaca buku yang kebanyakkannya watak perempuan itu kasar. Mungkin bersesuaian dengan diri aku yang ada sikap tersebut. Mungkin?. Baiklah, aku mulakan ulasan mengenai buku ini dengan Bismillah.
Sebelum aku memberi ulasan mengenai novel ini, aku nak beritahu aku suka membaca buku yang kebanyakkannya watak perempuan itu kasar. Mungkin bersesuaian dengan diri aku yang ada sikap tersebut. Mungkin?. Baiklah, aku mulakan ulasan mengenai buku ini dengan Bismillah.
Novel Superbike Itu Cinta ini mengisahkan mengenai dua orang pasangan yang terpaksa berkahwin atas sebab-sebab yang memaksa mereka untuk berkahwin. AD seorang gadis yang kasar membuatkan Wafi jatuh cinta padanya kerana dia nampak dalam kekasaran diri AD dia masih nampak akan kelembutan pada dirinya. Namun pun begitu keegoan dia menyebabkan dia menyimpan semua apa yang dia rasa.
AD seorang yang penuh rahsia. Dia ada kisah yang menyebabkan dia menjadi sebegitu. Gadis yang berpewatakan seperti seorang lelaki. Walaupun begitu dia seorang yang baik dan menyukai kucing. Dia menjadi kasar kerana dia sering di sakiti oleh lelaki dan menyebabkan dia menjadi gadis yang kasar dan tidak ubah seperti lelaki. Dia berkerja dan berusaha walaupun dia anak orang kaya.
Menghukum diri sendiri dengan membiarkan diri berubah menjadi orang lain ada baik ada buruknya. Mungkin ada baik pada diri sendiri namun pada pandangan orang lain mungkin tidak. Sikap dendam yang ada juga menyebabkan perhubungan sesuatu kekeluargaan menjadi tidak mesra dan renggang. Kepercayaan yang dikhianati juga menyebabkan kebencian itu terjadi.
Semua sikap yang tak elok boleh dielokan jika sama-sama faham akan masalah masing-masing. Kedua-dua belah pihak kena sama berkerjasama dan sanggup menerima apa yang telah terjadi. Tidak membuat andaian yang bukan-bukan kerana kita bukannya insan yang sempurna dalam dunia ini. Semua orang ada kisah silam dan silap salah semasa hidup.
Nak aku bagi bintang??? Tak payah rasanya. Nak menilai sesuatu ni aku lemah sikit.hehehehe.. Apa pun pada yang dah baca novel ni bolehlah komen pandangan anda ye. Aku pun tak tahu gak apa komen korang selepas korang baca novel ni. Baiklah. terpanjang lak ulasan. Kena belajar wat ulasan pendek-pendek. Nanti korang boring baca ulasan panjang-panjang. Komen gak pasal pekongsian aku kali ini. Apa yang patut aku buat dan tak patut buat. Aku kan budak baru belajar. Banyak benda kena belajar lagi ni. Heheheh.. Baik lah. Review seterusnya aku akan update lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan