![]() |
muka depan |
Penulis : Ismi Fa. Ismail (ismifaismail@yahoo.com)
ISBN : 978-967-10192-4-5
Terbitan : I F I ENTERPRISE
Cetakan : V (2014)
Jumlah Muka Surat : 277
Sinopsis
Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaa?
TAK PAYAH.
Kalau nak juga, jangan baca novel ini. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan..
Jangan gusar dengan kulitnya yang kosong.
Memang begitu. Sebab novel ini tak ada tajuk. Dan ia adalah sebuah sekuel. Sekuel kepada apa anda tanya? Cari Sendiri. Novel saya sebelum ini yang kulit depannya hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca yang itu dahulu. Baru anda boleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.
Memang begitu. Sebab novel ini tak ada tajuk. Dan ia adalah sebuah sekuel. Sekuel kepada apa anda tanya? Cari Sendiri. Novel saya sebelum ini yang kulit depannya hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca yang itu dahulu. Baru anda boleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.
Ismi Fa Ismail
Ulasan / Komen
Adalah lebih baiknya pembaca membaca buku pertama yang bertajuk "Jangan Baca Novel Ini". Ini kerana novel yang bertajuk Tiada Tajuk ini adalah sambungan kepada novel Jangan Baca Novel ini. Kalau baca pada sinopsisnya, percayalah novel ini tidak akan dapat membuatkan anda tersenyum membaca isinya.
Aku habis membaca buku ini dalam masa 2jam lebih. Ada sesetangah part macam buat aku rasa macam ada ja sekeliling aku. Walhal aku terbawa sedikit apa yang aku baca. Dan ada entah berapa kali aku selak-selak muka surat tertentu untuk imbas balik apa yang dah terjadi pada muka surat sebelum-sebelumnya dan selepasnya. Setakat ini aku dah macam dapat teka apa sebenarnya yang terjadi pada buku sebelum ini. Tapi aku tekaan aku ada dua. Pertama, mungkin benar ada hantu. Kedua, ini melibatkan sains untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Apa yang dikehendaki itu pula sama ada dari segi kebaikan atau pun keburukan.
Kena tunggu Buku yang ketiga. Sambungan dari buku Tiada Tajuk.
*Tahun 2013 aku beli buku yang pertama bertajuk Jangan Baca Buku Ini. Tapi aku taknak cerita mengenai buku yang pertama tu dalam entry kali ini. (tunggu nanti ada masa adalah aku update pasal buku pertama bertajuk Jangan Baca Novel Ini).
![]() |
korang akan jumpa bahagian ini. Aku rasa macam tau ja apa huruf-huruf yang patut disini dalam tu. Hehehehe..korang kena baca dan cari sendirilah apa perkataan tu nanti, |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan