Ahad, 27 April 2014

Lain Rupa Cinta Yang Sama (cerpen ke 5)



Ξ
Sekarang kita sudah punya kerjaya masing-masing. Aku dengan dunia aku dan engkau dengan dunia engkau. Kita sama-sama sibuk. Dan aku menyebukkan diri aku untuk tidak memikirkan engkau.

Tapi aku merasa malang. Bila setiap kali aku ingin berehat dan melakukan riadah. Pasti ada engkau di depan mata ku. Kenapa?

Ya, aku masih ingin dan masih sedar yang dulunya aku milik engkau dan dalam hati aku dulu ada engkau. Tapi itu dulu. Cukuplah bagi aku kisah itu telah berlalu. Bukan aku ingin membenci Cuma aku tak mampu untuk melupakan kisah kita. Kisah yang rasanya indah bagi siapa-siapa yang pernah bercinta.

Berkenalan, berkawan dan bercinta. Terlalu banyak kenangan yang kita cipta tanpa kita rancang. Terlalu banyak janji yang kita lafaz tanpa kita menyangka masa perpisahan kita.

Satu kejadian yang mengubah segalanya. Membuatkan kita terpaksa terpisah serta merta tanpa ada kata putus. Mana bisa aku menyatakan yang benar bila engkau tidak Nampak siapa aku bila aku di depan kau. Tidak. Ya tidak mampu.

“ Cik Farina ok tak ini? “

Aku tersedar dari lamunan yang aku timbulkan sendiri. Ah, boleh gila bila selalu begini.

“ Saya ok.” Aku tersenyum sambil

“ Petang ini kita akan ada mesyuarat dengan Dato Takim untuk projek tempoh hari. “ Intan, pembantu peribadiku mengingatkan aku dengan jadual aku hari ini.

“ Baiklah, sediakan salinan fail untuk Dato Takim dan yang menghadirikan mesyuarat nanti.

“ Baiklah Cik Farina. Ada apa lagi Cik? “

“ Saya rasa itu sahaja dahulu. Nanti saya panggil kamu lagi. “

Intan mengangguk dan kemudian bereda.



Ξ

Setiap hari aku mencari kau. Engkau yang aku cinta dan engkau yang aku rindu. Mana menghilang aku tak pasti kau dimana. Perkenalan kita yang singkat membuatkan aku tidak dapat meganggar engkau ada dimana.

Aku hampir gila kerna engkau. Aku hampir mati kerna engkau. Tapi engkau masih tidak menimbulkan diri kau.

Aku ambil keputusan untuk keluar dari sini dan mempelajari sesuatu yang baru untuk aku dan sambil itu untuk melupakan kau. Ya sampai sana aku Berjaya melupakan kau. Tapi Bila aku kembali ke sini, seperti ada engkau disini tapi bila di cari tidak aku temui.

Adakah engkau bermain sembunyi dengan aku?
Adakah engkau lupa akan janji kita?
Adakah engkau hilang cintanya untuk ku?

“ Bro.. jangan lupa. Engkau hari ini kena gerak.” Joe berkata di meja sebelah.

“ Ye lah. Aku tahu. Kau ikut sekalikan ? ” Aku menjawab walaupun aku masih terkejut dangan soalan tiba-tiba Joe sekali dengan suara kuatnya.

“ Ye aku ikut sekali. Tapi pakai kereta engkaulah eh? ”

“ Ehm.. aku on je. Jangan lambat. Kalau lambat kena tinggal. ”

“ Ok set. “

Sekeping gambar ditangan aku tadi aku letak kembali dalam laci. Aku masih cinta engkau sebab itu aku masih menyimpan walaupun hanya ada sekeping gambar ini saja yang aku punya.

Menjadikan hanya itu sahaja harta paling berharga dan nyawa untuk kerinduan dijiwa.


Ξ

Kenapa jantung aku berdegup laju. Aku tidak suka perasaan ini. Sakit. Sungguh sakit.

“ Cik Farina boleh bentangkan projek kita pada hari ini? “

Aku mengangguk.

“ Baiklah. Saya akan bentangkan.”

Ya, aku membentang dalam keadaan aku sakit. Sakit rindu. Sakit yang aku dapat rasa bila ada engkau disekelilingku.

Ξ


“ Oi, cunlah minah tu. Kau rasa kalau aku ngorat dapat tak?”

Aku lihat minah yang Joe perkatakan. Ya memang cantik. Dengan kulit yang cerah, mata yang bundar dan punya rambut ikal yang cantik beralun. Padan dengan pakaian pejabat warna merah yang dikenakan disusuk badannya.

Merah, ya terus mengingatkan aku pada engkau. Engkau yang aku gelarkan hantu merah kerana engkau suka sangat dengan warna merah itu. Semua benda engkau hendak warnakan dengan merah.

Cuma satu sahaja yang membuatkan engkau lain dari yang lain. Engkau tidak pernah mengenakan gincu berwarna merah. Engkau kata gincu merah hanya untuk mak datin. Aku masih ingat lagi, bila engkau mengatakan begitu aku ketawa terbahak-bahak dan engkau mencubit aku tanda geram pada aku kerna mengetawakan engkau. Engkau seorang yang lucu ada masanya bagi aku.

Aku terus mendengar pembentangan yang di bentangkan. Aku melihat Cik Farina. Baru aku perasan nama dia sama dengan nama engkau. Nur Farina. Nama yang sudah tertulis , tertanam di dalam hati ku sejak dulu lagi. Dalam banyak-banyak nama indah. Nama itu yang istimewa selepas nama ibu ku.


Ξ

Ya engkau ada disitu. Disudut itu. Engkau melihat ku dengan pandangan kosong. Mungkin engkau tidak sedar aku ada disini. Atau mungkin cinta mu itu telah mati.

Ingin aku teriak didepan orang ramai yang aku ini insan yang engkau pernah cinta, dan aku ini ialah insan yang engkau pernah rindu.

Mana mungkin aku punya kekuatan sebegitu, mana mungkin aku mampu membuat kau percaya dengan kataku.

Tapi aku rindu. Aku rindu engkau.

Engkau masih pakai jam tangan yang pernah aku berikan pada engkau dulu. Jam yang tidak semahal mana. Aku tidak mampu membeli jam yang beratus harganya masa itu.

Hari jadi engkau yang ke 24 tahun, aku berikan engkau seutas jam yang aku beli di pasar malam. Seakan asli tapi tiruan. Masa aku berikan hadiah itu, aku nampak air mata kau mengalir. Aku bertanya, adakah engkau tidak suka hadiah ku? Buruk sangat ke? Maafkan aku jika aku tidak mampu memberikan engkau jam yang mahal. Engkau mengelengkan kepala. Kemudian engkau berkata.

“ Ini hadiah dari seorang insan yang aku cinta dan mencintai aku. Mana mungkin aku tidak suka akan sesuatu yang ikhlas diberi. Cantik pemperian ini kerana keikhlasan hati kau untuk memberi dan bukan nilai harga yang aku kira pada sesuatu benda yang kau hadiahkan.”

Pada masa itu aku turut menitiskan air mata. Aku tidak menyangka kata-kata  itu akan keluar dari mulut kau. Terima kasih kerana menerima hadiah itu dan memakai sehingga sekarang. Walaupun sudah hampir empat tahun aku menghilangkan diri dari kau tanpa ada khabar berita sekali pun.

Sekarang aku ada di depan engkau. Depan engkau sekarang.

“ Cik Farina…” tegur Dato Takim

Aku tersedar. Ya, aku mengelamun di dalam bilik mesyuarat dan aku masih dalam pembentangan.

“ Cik Farina ok?” Tanya Dato Takim.

“ Maafkan saya dato. Saya ok. Boleh saya sambung pembentangan ye Dato.” Pinta aku.

“ Silakan ” Dato mengangguk.

Ξ

“ Joe, selepas ini kita balik ya. Aku rasa aku nak mintak cuti rehat setengah hari lah hari ini. Tak sedap badan lak aku.” Kata ku pada Joe yang masih menjamu selera Mee Goreng Mamak kegemarannya. Nasi goreng USA didepan aku, aku hanya makan sedikit sahaja. Selera ku patah.

“ Kau ok tak ni. Dari tadi aku tengok engkau muram je. Ada masalah ke?” Tanya Joe dengan mulutnya masih penuh dengan Mee.

“ Aku ok. Cuma mungkin penat sikit rasanya. Teman aku pergi klinik sekejap nanti, kemudian aku hantar kau ke pejabat. Engkau tolong bagi pada bos slip sakit nanti ye.” Jawab ku lagi

“ Baiklah Encik Ahmad”. Sekali dengan tabik dia berikan.

Aku penat, aku bingung. Adakah dia orang yang aku cari selama ini. Kenapa lain. Terlalu lain. Adakah aku ada masalah dengan penglihatan aku.

“ Kau tutup mata boleh tak?” Pinta ku.

“ Kau nak buat apa sampai aku kena tutup mata ini ?” Marah kau dengan aku. Pelik mungkin dengan permintaan aku.
“ Ye lah aku tutup mata.” Kau tutup mata.

“ Dah, kau boleh buka mata engkau sekarang.”

Kau buka mata. Kau merasa sesuatu yang aneh pada diri kau. Kau pegang. Kau lihat dan tenung terus ke situ. Kau diam terus dan aku terus jadi takut.

Aku tengok ke wajahnya yang masih menunduk. Mengintai dari bawah namanya ni. Kau menagis. Ya aku lihat engkau menagis. Dengan tidak disangka engkau memeluk aku. Satu tangisan yang sedikit kuat kedenganran. Aku takut. Aku tak takut sama ada aku ada buat salah atau tidak. Aku membiarkan engkau memelukku.

“ Terima kasih” ayat yang engkau ucapkan padaku. Kemudian engkau lepaskan pelukan dan mengelap sisa air mata di wajah kau.

Rantai itu. Aku terlihat seseorang memakai rantai itu. Dan sudah lama aku tidak nampak rantai itu. Tapi kenapa orang lain yang memakai. Mana orang yang sepatutnya yang memakai rantai itu. Tak mungkin rantai itu orang lain ada. Sebab aku buat khas untuk engkau.

Aku pening. Aku nak melupakan engkau. Tapi aku dapat merasa engkau ada.


Ξ


Aku mesti jumpa engkau. Aku rindu engkau. Tapi macam mana aku nak menerangkan dengan engkau apa yang sudah berlaku pada aku. Adakah engkau akan percaya dengan setiap apa yang aku akan ceritakan. Bukti? . Dengan hanya ada seutas rantai ini tidak mungkin dapat membuatkan engkau percaya aku ini aku yang engkau cinta dan sayang dahulu.

Semalam-malam aku tidak dapat tidur kerana memikirkan engkau. Dulu aku tidak seperti ini walaupun aku tidak pernah melupakan engkau. Tapi selepas aku melihat engkau tempoh hari aku jadi tidak senang duduk. Semua jadi serba tak kena.

                                                          Ξ

Disana aku lihat manusia sibuk melakukan aktivit harian. Ada budak-budak yang bermain bersama-sama di bahagian permainan. Ada sekumpulan remaja sedang melakukan rutin senaman mereka. Ada juga yang sedang duduk melihat keindahan alam sambil itu memerhati manusia-manusia sekeliling.

Aku baring di atas permukaan rumput. Dan aku pejamkan mata. Tenang, sungguh tenang. Udara yang sungguh enak.

“ Ehm.. ehm”

Satu suara menegur. Aku membuka sebelah mata aku. Ada seorang “ awek “ berdiri menunduk melihat aku yang sedang baring. Aku terkejut dan duduk kembali.

“ Boleh saya duduk di sini Encik Ahmad ?.“ Tanya dia pada aku.

“ Boleh. Silakan. Er.. mana tau nama saya? “ Aku persilakan dan bertanya.

“ Hari tu kan awak ada pergi mesyuarat. Saya ingat lagi nama yang datang hari itu. Awak memang suka baring kat tempat-tempat macam ini ke? “ Soalan tu menyindir aku ke.

“ Tak adalah. Saja nak rehat. Er.. Cik Farina buat apa kat sini ? Nak berjogging ke? “ Tanya ku.

“ Tak bawa kasut tadi, jadi saya lepak  je. Awak? “

“ Bosan duduk rumah. Lagi pun memang saya selalu ke sini sejak dulu lagi.”

“Ye ke? Sejak dulu tu sejak bila? “

“ Sejak kecil, saya membesar disini. Dulu saya selalu lepak sini dengan seseorang, tapi itu dululah.” Ringan pula mulut aku.

“ Siapalah seseorang itu eh? Macam istimewa je? “ Soalnya dengan satu senyuman di wajahnya.

“ Istimewa sangat. Sangat istimewa.”  Apasal pula mulut aku petang ni.

“ Ceritalah, kalau awak tak kisah nak menceritakan.” Engkau buat satu aksi muka yang sepertinya mengharap aku untuk menunaikan permintaannya.

“ Baiklah. Dia seorang yang cantik, comel dan indah bagi saya. Mugkin bagi orang lain tidak dan mungkin hanya bagi saya semua itu ada pada dia. Saya kenal dia agak lama sejak dia pindah ke sini. Keletah dia juga menghiburkan saya, Kadang-kadang panas baran dia itu buat saya pening juga. Panas baran itu jugalah yang buat saya rindu sangat pada dia sekarang. Banyak perkara dan benda saya dan dia sering kongsi bersama. Dari minat, suka dan impian masing-masing. Tapi entah pada satu hari tu. Dia tiba-tiba hilang.” Aku menceritakan satu demi satu kisah engkau dan aku pada Cik Farina.

“ Awak tak cuba untuk mencari dia? “

“ Sudah, sudah puas saya mencari. Sudah empat tahun dia menghilangkan diri. Tapi masih tak jumpa.”

Dia baring. Kemudian dia meminta aku turut baring di sebelahnya.

“ Awak cinta sangat-sangat kat dia eh? “

“ Ye. Dia lah cinta pertama dan cinta terakhir saya Cik.”

“ Janganlah panggil saya Cik. Panggil saja saya Ina. Ini luar pejabat.”

“ Ehm..baiklah ina.”

“ Awak tak pernah terfikir ke mana dia berada? Hidup lagi ke?” Soalan ini buat aku marah. Aku bangun. Berdiri.

“ Cik Farina, saya hormat cik. Tapi cik tak boleh nak buat soalan dan buat saya fikir macam tu.” Sedikir hampir menjerit. Tapi tegas.

“ Sabar Ahmad. Saya minta maaf. Saya nak ceritakan sesuatu. Saya harap Ahmad sabar dan dengar dulu apa yang saya nak ceritakan.” Dia berdiri dan meminta maaf dengan soalan tadi. Aku dulu berdepan dengan dia.

“ Saya pernah mengalami kemalangan yang teruk. Menyebabkan saya mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan leher. Yang paling teruk pada wajah saya. Kereta yang saya bawa menempuh belakang sebuah lori balak. Masa tu saya tidak perasan lori itu ingin ke laluan sebelah dan saya tidak perasan dia menukar arah. Dengan kelajuan yang mungkin tidak sempat kereta berhenti walaupun brek ditekan saya merempuh belakang lori dan kereta saya remuk. Nasib saya baik kerana saya memakai tali pinggang tetapi kecederaan yang saya hadapi amat teruk. Saya koma. Dan saya koma agak lama iaitu satu tahun setengah. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia saya. Tapi saya terpaksa duduk di hospital lagi selama 3 bulan kerana wajah saya. Saya dinasihatkan untuk membuat pemedahan.”

Aku terkejut dengan cerita yang dia ceritakan. Kuat semangatnya dari aku.

“ Kemudian setelah semuanya berjalan lancer dan saya sihat. Saya menyambung pelajaran saya. Dalam masa yang sama saya mencari kekasih saya.”
“ Adakah Ina dah jumpa kekasih Ina?” Menarik ceritanya tetapi lebih kesian pada kisah hidupnya.

“ Ada. Selalu saya jumpa dia. Tapi saya dan dia tak macam dulu.”

“ Maksud ina?”

“ Dia dah tak kenal saya. Mungkin dia tak kenal saya dek kerana wajah saya yang sekarang.” Jawabnya dengan nada kesal

“ Ina pernah tak tegur dia? Pernah cuba tak nak cerita pada dia tentang apa yang dah terjadi? ”

“ Awak rasa dia nak ke dengar apa yang saya ceritakan? Awak rasa dia percaya ke dengan apa yang saya akan ceritakan? Awak rasa dia boleh terima ke saya sekarang?” Satu lagi kata-kata dengan nada kesal dan sedih kedengaran.

“ Awak kena cuba, usaha dahulu. Kalau dia betul-betul cintakan awak, pasti dia akan terima awak seadanya.”

“ Baiklah. Saya akan cerita pada dia nanti.”

Aku diam. Dia pun diam. Aku kesian pada dia. Kesian dengar kisah hidup dia.

“ Awak, awak masih pakai jam tu ? “ tiba-tiba dia bersuara.

Aku lihat jam yang ada di pegelangan tangan aku.

“ Maksud awak?”

“ Jam tu hadiah hari jadi awak yang ke dua puluh empat tahunkan. Masa tu awak gembira sangat sampai mengalir air mata.”
Aku jadi gelabah. Aku tengok wajah Ina. Aku tenung ke rantai yang Ina pengang sekarang. Ya, dia ini dialah dia. Dia yang aku tunggu. Mana mungkin ada orang tahu kisah aku dan jam tangan ini.

“ Awak, pasti tak kenal saya kan Ahmad. Sayalah Nur Farina yang awak pernah kenal dan pernah cinta dulu. Saya menunggu masa untuk bercakap dengan awak dan menceritakan apa yang telah terjadi. Maafkan saya kerna pergi terlalu lama meninggalkan awak dan membuat awak sudah hati. ”

Aku secara derastik memeluk dia. Aku menangis.

“ Rupanya selama ini awak memang ada di sekeliling saya. Saya dapat rasa awak ada di sini. Hari itu saya ada lihat rantai yang awak pakai tetapi saya tidak pasti itu awak. Saya tahu awak masih ada dan saya dapat rasa awak masih hidup. Syukur awak masih ada. Macam mana pun rupa wajah awak, saya tetap cintakan awak dan sayangkan awak macam dulu. Maafkan saya kerana tidak sedar awak ada selama ini di sekeliling saya. Dan cinta saya tidak pernah luntur malah makin kuat dan utuh untuk awak Nur Farina ”







Orang Tua...Tua...Tua...

orang tua oh orang tua
kau merajuk seperti usia tiga
padahal anak sudah lima
mahu merajuk sangat tak guna
nak di pujuk langsung tak ada makna

ditegur salah dipuji tak guna
perangai gila bertempat tak kira
sekali tegur wahai pak tua
terus merajuk bagai nak gila

kutuk mengata engkau suka
sekali kau susah baru merasa

makan nasi dengan kicap
dimakan dengan ikan goreng
wahai pak tua sini sekejap
kenapa kau macam dah tak nak "geng"

kata-kata engkau suka
berkata dia engkau biasa
bila terkena diri merasa
dikata orang merajuk lah jiwa

makan nasi dalam pinggan
lauk dimasak dua jenis
orang tua dah tak kenal pinggan
makan dah macam zaman komunis

budak kecil sudah menagis
menagis mahu diri dipujuk
tak nak aku wahai si tua manis
sudah tua masih mahu dipujuk

Isnin, 21 April 2014

Ikhlas aku

sekali hati kau pernah disakiti
anggaplah itu dugaan yang memang sudah tertulis
pasti ada yang berkata "kenapa kau lepas tangan selepas kau disakiti?"
biar lah
biar semuanya itu menjadi satu semangat untuk aku maju terus

Dia..kau pernah sayang dia
tapi dulu bukan kau yang mula dulu
ya benar kau ada rasa sayang dengan dia
tapi kau anggap itu sayang biasa bukan lebih
bila dia meluah..kau terasa kau perlu ada untuk dia
kau tak nak dia kesunyian kerna pernah di sakiti
tapi sekarang kau??sakit atau bahagia?

Biarlah orang lain fikir aku sakit
biar aku menanggung kesakitan
asal bukan dia
biar dia bahagia
jika benar ada yang lain untuk dia
aku akan tersenyum

jika dia ingin kembali?

Jika hati aku masih terbuka
aku akan terima..
jika hati aku tertutup
aku akan terima walaupun aku terseksa

ADA APA DENGAN CINTA

ADA APA DENGAN CINTA

KAU SUKA KAU TERUS CINTA
KAU SAYANG KAU FIKIRKAN ITU CINTA
KAU SEDIH KAU KEHILANGAN CINTA
KAU TERPAKSA KERANA DIA MENCINTA

BILA CINTA KAU BERI
SEPERTI BERJUTA JANJI
BILA CINTA KAU PERGI
SEMUA HANYA TINGGAL MIMPI

DULU BUNGA CINTANYA MEKAR
SEKALI TERSALAH SIRAM
LAYU JADINYA TIDAK SENTIASA MEKAR
SEPERTI JIWA SAKIT SERIBU DENDAM

Ahad, 20 April 2014

Tok Jam ( idea dari satu gambar) cerpen 4

Siapa menyangka tulang empat kerat itu masih mampu untuk berkerja mencari nafkah dan makanan. Kedutan dikulitnya sudah menunjukkan usianya sudah terlalu lanjut. Cara pergerakkannya tidaklah selancar masa mudanya dulu. Pakaiaannya lusuh dan berbau disebabkan peluh yang dikerah demi mencari sedikit wang.

Setiap hari aku terserempak dengan dia, sering mengenakan baju putih yang sudah kekuningan warnanya akibat sudah lama dan memakai seluar pendak paras bawah kepala lutut. Berselipar jepun dan ada sehelai kain pelikat di bahunya. Kain pelikat itu mungkin bertujuan untuk mengelap keringatnya. Ada topi di kepalanya. Untuk mengelakkan kepala dari terkena panas yang amat.

Dia akan melalui laluan yang sama hari-hari. Laluan itu juga dia akan guna bila dia balik ke rumah. Kadang-kadang, aku pernah ternampak dia memancing di tepi sungai kecil. Masa itu mungkin dia sudah selesai tugasnya di kebun buahnya.

Pernah aku berbual-bual bersamanya. Rupanya dia hidup bertiga dengan dua cucunya. Isterinya sudah lama tiada. Cucu-cucunya anak yatim-piatu. Tiada mak ayah semasa sekolah rendah lagi, akibat satu kecelakaan jalan raya yang meragut nyawa mereka. Dialah datuk, dialah ayah dan dia jugalah ibu kepada cucu-cucunya. Biarpun kehidupannya daif, dia tidak pernah mengeluh malah sentiasa panjatkan syukur kepada NYA. Sering memohon doa untuk cucu-cucunya, berdoa meminta kehidupan yang sihat dan dipanjangkan usia. Dia ada berkata,

"Biarlah usia aku dipanjangkan sehingga cucu-cucuku sudah mendapat pekerjaan nanti. Bila mereka berjaya barulah aku tenang untuk melepaskan dunia ini."

Tersentuh hati aku, semangat seorang lelaki yang aku panggil Tok Jam. Mungkin usianya hampir sama seusia ayah aku. Mungkin dia nampak terlebih lanjut pada luarannya dek kerana pekerjaan yang dilakukan. Yang memerlukan dia berpanas dan bermain dengan cuaca yang kadang-kadang hujan di tengan hari.

Fikiran ku hanya satu. Tidakkah dia pernah penat? Tidakkah dia pernah sakit? Tidakkah dia pernah mengeluh. Dari apa yang aku lihat, mana mungkin dia tidak pernah penat, sudah semestinya dia kuatkan semangat. Mana mungkin dia pernah sakit, tapi dia tahu kalau dia layan perasaan sakit makin sakitlah dia. Aku tahu dia tidak pernah mengeluh, baginya hanya dialah yang mampu menyara kedua cucu kesayangannya. Mana mungkin dia pernah mengeluh.

Tok Jam salah seorang idola yang mungkin orang tidak sedar akan kewujudannya. Tok Jam juga merupakan salah seorang manusia yang tidak pernah menyalahkan takdirnya, baginya apa yang berlaku ada hikmah dan apa yang berlaku ini jugalah yang membuatkan dia sedar dengan ketentuan yang tertulis untuknya. Biarlah dia sanggup berpanas, biarlah bermain hujan sekalipun. Asalkan cucu-cucunya dapat bersekolah dan makan dengan secukupnya. Biarlah dia berlapar sekalipun asalkan cucu-cucunya tidak berlapar.

Semangatmu tidak pernah luntur, kekuatanmu tidak pernah kendur, imanmu tidak pernah lenyap, kesyukuranmu tidak pernah kau lupakan. Bagimu, Allah memberi apa yang ada asalkan kita bersyukur dan teruskan kehidupan walaupun ada kekurangannya pada keinginan kita. Biarkan kekurangan itu dicari kelebihan sendiri oleh kita dan bukannya menunggu ia datang bergolek.

Khamis, 17 April 2014

Assalamualaikum.. terima kasih. cadangan..komen..

Assalamualaikum

Hai..terima kasih pada yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini.
Saya masih baru dalam dunia penulisan dan blog.
Jika ada salah silap, saya minta sila tegur jangan diamkan diri
Jika ada yang sudi mengajar, seribu kali sudi belajar dan di ajar

Ada beberapa cadangan yang saya dapat...dan yang paling banyak cadangan ialah meminta saya untuk memasukan kata-kata indah, cinta dan madah bermadah.

Saya tidaklah pandai bermadah..Tetapi jika ada sesuatu gambar atau pun sesuatu yang menarik minat saya, saya akan postkan dalam entry dlm blog ini.

Terima kasih atas cadangan, terima kasih kerna sudi melawat blog dan membacanya.
Pada yang ingin komen..boleh komen. Ini untuk memperbaiki apa yang patut dalam penulisan saya.

Sekian saja dari saya
Pemilik segarikataindah.blogspot.com

Sekali kau pernah jatuh cinta

Sekali kau pernah jatuh cinta
Hargailah ia dengan sepenuh jiwa
Jika terpaksa berpisah jiwa
Terima walau hati terluka

-mengantuk saat menulis, ku tetap menulis, bukan untuk aku, tapi untuk kamu pembaca blog ku-

Isnin, 14 April 2014

Kesunyian yang indah ciptaan Tuhan

Kedinginan air keindahan hijau.... segar bila di pandang
duduk melihat alam membuatkan minda aku merasa tenang...

Jauh dari kekecohan
jauh dari kesibukan
Kedengaran hanya bunyi burung berkicauan
terasa dekat dengan alam ciptaan tuhan

Ingin ku biar jiwa ku disini
di dalam hutan indah begini
ingin aku terus menetap di sini
membiarkan diri tenang sendiri

Jauh berat rasa hati
meninggalkan keindahan abadi
ku lepas dengan rela hari
satu hari pasti akan berjumpa lagi

Typo dan salah ejaan

Perkara biasa bagi penulis..hehehehehe

*kalau ada salah tlg tgurkan..pastu jgn diam kn je eh..saya x sempurna pon..heheheh..tq

cerpen ke 3...dalam proses...



Sedang aku berehat sambil membaca novel, ada mesej perbualan masuk kedengaran dari telefon bimbit aku. Aku buka dan lihat siapa yang menghantarkan mesej kemudian baca.

Salam beb, kau buat apa? Bz tak?

Wsalam. Tak ada buat apa ni. Tengah baca novel. Awat?

Aku ada masalahlah, bf aku wat hal. Aku tunggu dia mesej, tapi sehari-hari dia tak mesej aku. Aku risau. Tapi bila dah bermesej dia lak macam naik angin kat aku. Aku tahu dia ada masalah, tapi aku pun tak nak lah bila aku buat  tak ambik tahu dia anggap aku tak sibuk pasal dia.

Ego tu beb. Kau sabarlah ye. Kau biarkan dulu.

Tapi aku terasa hati beb. Dia cakap aku mesej dia macam meroyan sangat-sangat dah. Macam salah kesalahan pula bila aku cari dia. Dulu mesej hari-hari tak ada pun macam ni,

Dia tengah ada masalahkan. Kau bawak bersabar. Kau tenang. Memang sakit hati bila orang yang kita sayang cakap macam tu. Tapi kau kena faham. Dia terasa tekanan tu.

Entahlah beb. Aku ingat nak datang lepak rumah kau hari ini. Boleh tak?

Mai lah. Nanti dah nak sampai bagi tau ye. Pagar aku dah kunci dah tu.

Baiklah dalam 15 minit macam tu aku datang. Aku nak beli makanan sekali. Kau ada pesan tak?

Tak ada apa pesanan. Cuma aku nak kau hati-hati je.
Baiklah, nanti aku telefon kau ok.

ok.

Aku tengok jam. Nasib baik masih awal. Kalau sudah lewat memang aku tak bagi Baby keluar sekarang. Risau pula aku dengan kawan aku yang sorang ini. Obses sangat. Balak dia pun sorang. Kot ya pun tak payah lah buat gf sampai macam tu. Entahlah. Macam-macam orang sekarang ini. Budak-budak pun bercinta mengalahkan orang tua. Dunia oh dunia.

………………………………………………………………………………

Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. Aku bangun. Hari ini hari malas aku. Sabtu datang mengikut giliran adik beradik lainnya. Tidak pula aku tahu isnin sampai ahad ini siapa tua siapa bongsu. Yang aku tahu setiap hari ada nama dia. Setiap hari ada tarikh tersendiri. Masa tak pernah tunggu, dia berjalan dan terus berlalu tanpa pernah menoleh kembali pada masa-masa dan waktu yang lalu. Kan elok jika kita dapat jadi seperti masa. Tapi hakikatnya kita manusia yang punya akal dan minda. Bukanya satu benda atau mesin yang telah ditetapkan tugasnya.

Aku bangun. Terus ke bilik air. Aku basahkan muka, kemudian aku megambil berus gigi dan aku letakkan ubat gigi di atas berus gigi itu. Selesai memberus dan berkumuh, aku basahkan lagi muka aku kemudian aku mengambil sabun muka. Aku biarkan dahulu sabun itu berbuih di telapak tangan aku kemudian aku tonyoh dimuka. Bila sudah puas aku bilas dengan air bersih. Segar rasanya.
Aku keluar dari bilik dan melihat Baby di sebelah. Kesian pula aku lihat dia ni. Tisu penuh atas lantai dan atas katil. Mungkin dia menagis lagi tadi. Nampak sambam wajahnya. Mata kembang. Kuat juga penangan cinta ini ya.

Aku ke dapur. Aku biarkan air mengalir masuk ke dalam cerek. Aku mengambil roti kemudian di masukkan ke dalam pembakar roti. Pinggan aku keluarkan dari almari tempat aku meletakkan pinggang-pinggan dan gelas aku. Cerek penuh dengan air aku letakkan di atas dapur. Aku hidupkan api dapur dan tunggu ianya masak. Hendak rasanya masak nasi goreng, tapi aku tahu si Baby tu mana makan nasi pagi-pagi. Nak kuruslah katakana, Diet orang putih cakap.

Aku buat dua gelas air milo panas dan  4 keping roti bakar kosong. Aku letak di atas meja. Roti yang masih dalam bungkusan aku letakkan disamping mentega kacang dan jem nanas. Aku kembali ke bilik tempat Baby tidur. Sebenarnya bilik itu bilik tetamu. Bila ada orang datang di situlah tempat tidurnya.

“ Baby, bangun. Dah pagi dah ni.”

Baby menarik sedikit bantal yang menutupi kepala dan wajahnya. Nampak matanya, kembang. Ditutupnya kembali dengan bantal. Aku mengelengkan kepala. Aku bangun.

“ Kau nak bangun sendiri kea tau kau nak aku simbah pakai air? “ Aku mendesak. Nampaknya aku terpaksa mengugut.

Tiba-tiba tangan Baby terangkat seperti tanda menyerah diri. Ha…bangun pun.

Aku tunggu Baby di meja makan. Muka Baby pagi itu nampak macam momok baru lepas buat rakaman cerita hantu ja.

“ Kau dah cuci muka? Dah gosok gigi? “ Aku bertanya.

Baby mengangguk saja. Dia letak kepalanya di atas meja. Alah kesian. Macam budak-budak. Sesuailah sangat dengan nama panggilan dia.

“ Nah makan sarapan ni. Pasni kita keluar. Kita shopping dan pergi tengok wayang ke apa.”

Aku hulurkan roti yang dah disapu jem nanas. Baby ambil dan kemudian menggigit sedikit roti itu. Kadang-kadang aku terfikir, adakah cinta ini salah satu penyakit yang menyebabkan orang jadi gila dan jadi murung. Selalu dalam buku yang aku baca, cinta ini semuanya indah. BIla tengok drama aku tengok cinta ini juga punca kita bermusuh dengan orang lain. Hai, susah juga cinta ini ya. Tidak kurangnya bila cinta manusia lebih-lebih diagungkan dari cinta kepada Penciptanya. Kita mudah lupa, mudah alpa bila sesuatu itu indah bagi kita.

……………………………………………………………………

Aku tengah membelek buku novel yang ada dalam kedai. Satu-satu sinopsis yang ada pada setiap buku yang aku pegang aku baca. Rambang juga mata tengok buku-buku ni. Aku biarkan Baby di sebelah. Itu je terapi dia. Terapi untuk tekanan jiwa yang dihadapi.

Selepas aku membeli sebuah buku, aku pergi ke kedai yang menjual air minuman. Kemudian aku duduk di kerusi yang terletak di luar kedai pakaian dimana Baby tengah melakukan terapinya. Belum puas hati rasanya. Mungkin bila dah kering poket baru dia sedar agaknya.

Dari jauh aku perhatikan setiap pergerakkan dan tingkah laku manusia sekeliling aku. Ada yang tengah bahagia, ada yang tengah sedih dan ada yang seperti kosong mindanya. Aku sumbat earfon di telinga ku, dan aku biarkan muzik menusiki gegendang telinga dan terus ke otak mentafsir lirik-lirik yang dinyanyikan. Aku menunggu Baby abis membayar pakaian yang dia pilih



Sabtu, 12 April 2014

BUIH CINTA ( CERPEN KEDUA )

Aku kenal kau. Kau yang dahulunya menangis menahan kesakitan pada lutut. Ada luka calar disitu. Aku pergi menuju kearah kau. Aku meniup luka pada lutut kau. Tangisan yang tadi kuat sudah kurang bunyinya. Sudah kurang air mata yang mengalir. Tinggal saki-bakinya masih kedengaran. Kau mengangkat wajah kau. Kau lihat aku. Satu senyuman kau hadiahkan sambil hingus kau lap dengan hujung kolar baju warna ungu kau. Comel dalam comot. Ya itu kau.

Sejak dari hari itu, aku selalu menemani kau bermain. Dan aku juga ikhlas menemani kau dari hari ke hari. Bila kau kesekolah, aku menunggu kau diluar sekolah. Maafkan aku jika tidak dapat menemani kau disitu. Waktu rehat kau dan aku duduk di pagar. Aku diluar dan kau dibahagian dalam pagar. Bekalan kau kongsi dan minuman aku bagi dua. Petang kau akan ajar aku membaca dan mengira. Walaupun aku lebih tua tiga tahun dari kau.

Masuk sekolah menegah, masih tetap sama. Kau didalam bangunan yang besar dan putih itu, manakala aku masih diluarnya. Waktu rehat aku tetap menemani kau. Kau ajar aku sejarah, kau ajar aku ilmu hisab dengan kaedah yang lagi banyak langkahnya. Maafkan aku kerana aku hanya mampu mengajar kau erti kehidupan, mengajar kata-kata pujangga dan melakar keindahan alam terus keatas sehelai kertas putih.

Masa tetap berlalu, kau melanjutkan pelajaran ku peringkat yang lebih tinggi. Aku tidak dapat menjaga kau. Tak mampu rasanya kesini kesana menuju ke bangunan besar dan luas itu hari-hari. Jika boleh aku nak jaga kau disitu. Tetapi terpaksa aku biarkan kau keseorangan tanpa ada aku disisi kau. Maafkan aku jika aku tidak dapat bersamamu selalu seperti dahulu.

Orang sekeliling kita mengata, mengata aku kerana bodoh hendak menjaga kau. Mereka juga kata aku dan engkau bagai enggang dan pipit. Mungkin kerana kau punya sesuatu yang dipandang oleh orang dan aku tiada apa yang boleh di banggakan. Sejak dari itu aku nekad, nekad meninggalkan kau. Meninggalkan kau untuk kehidupan kau yang lebih baik akan datang tanpa aku. Maafkan aku kerana kali ini aku pergi. Aku tidak mampu menemani kau. Aku tidak layak rasanya selalu di sisi kau.

Kini kau Berjaya. Ya, aku masih mengikuti perkembangan kau. Aku lihat kau mengalirkan air mata sekali lagi. Aku tahu itu adalah air mata kegembiraan kau. Tapi maafkan aku tidak dapat mengelap air mata kau. Dari jauh aku memerhatikan engkau. Sekotak hadiah aku hantarkan mengunakan khidmat penghantaran. Aku harap kau akan terima dengan ikhlas isi hadiah itu dan akan membaca sepucuk surat yang aku kirimkan sekali didalamnya. Maafkan sekali lagi kerana kali ini aku terpaksa pergi jauh dan mungkin dalam agak lama. Jaga lah diri kau baik-baik.

Lima tahun aku pergi. Lima tahun kau tidak dapat aku padamkan dalam hati dan dalam minda ku. Lima tahun itu juga aku rasa bersalah kerana tidak dapat menjaga kau. Tetapi, hari ini aku kembali. Kembali dengan satu kerjaya yang mampu menutup mulut-mulut yang suka mengata kita dahulu. Mengubah pemikiran kuno mereka. Aku disini, ditempat kali pertama aku lihat kau menagis dengan luka di lutut. Aku rindu. Bila aku mencari kau sudah tiada lagi ditempat yang aku cari.

Aku nampak buih sabun. Cantik. Itulah kesukaan kau. Kau suka bermain buih sabun. Kau akan tiup air sabun sehingga buih-buihnya terbang di bawa angina. Itulah yang engkau sering lakukan bila aku dan engkau menghabiskan masa bermain bersama-sama. Aku baring dan kau akan duduk disebelah aku meniup air sabun itu.

Aku terbangun dari baringku. Aku mencari siapa yang meniup buih sabun itu. Aku berlari memandang kiri kanan tanpa aku sedar aku tersandung tersepak batu lalu rebah menyembah bumi.

Kedengaran suara ketawa. Aku mendongak. Seorang gadis berdiri di depan aku, ada sebotol air sabun di tangan kirinya. Gadis bertudung ungu itu menghulurkan tangan kanannya. Ingin membantu aku untuk berdiri.

Matanya aku kenal, senyumannya aku sangat aku kenal. Ya, engkau ada di depan aku. Kau yang aku rindu ada di depanku. Kau yang dahulunya comot kini menjadi seorang yang cantik secantik bidadari.

Kita duduk bersama, satu demi satu cerita dan kisah kita kongsikan. Sampai suatu saat, kita terdiam. Tiba-tiba tanpa dipaksa. Kau pandang kehadapan, melihat matahari yang hampir lenyap. Kau mula bersuara.

“ Aku tunggu kau, aku tahu kau pergi lima tahun untuk menutup mulut-mulut mereka yang tidak faham akan kehidupan kau. Aku tahu tiada niat kau untuk meninggalkan aku. Aku tunggu kau dan aku tahu bila kau kembali kau akan kesini. Ke tempat kita.”

Aku hanya mendiamkan diri. Aku rasa satu perasaan yang bahagia, tetapi masih ada risau dalam hati.

“ Aku pun begitu. Maafkan aku kerana membiarkan kau keseorangan tanpa aku.”

Kau hanya tersenyum dan mengangguk.

“ Maafkan sekali jika soalan ini tidak sepatutnya aku tanyakan. Jika puteri yang dulunya seorang yang comot, pastinya ada putera yang menjaganya kini setelah comot berubah menjadi cantik. Siapakah puteranya? “

Kau bangun, berdiri membelakangi aku. Wajah kau muram. Aku kaget. Aku tidak mahu hati kau terguris. Maafkan aku.

“ Dulu puteri comot ada penjaganya, penjaganya dulu comot juga. Sekarang puteri hanya menunggu penjaga yang sama-sama pernah comot dengannya dan ingin menjadikan penjaga itu menjadi putera hidupnya.” Kata-kata itu kau luah kemudian kau tersenyum dan mula melangkah.

Aku bangun. Aku melompat kegembiraan. Teruja. Sangat teruja. Kau nampak aku melompat seperti monyet. Kau tersenyum. Tapi mulut kau tetap jahat, kau panggil aku monyet selepas melihat aksi aku tadi. Aku mengejar kau dan kau berlari menyelamatkan diri, ya kini kau selamat. Selamat dalam jagaan aku. Terima kasih cinta kerana menunggu aku, terima kasih kenangan kerana bertemukan dia kepada ku.

NF_IS (HALUS)

KUPU-KUPU MALAM (CERPEN 1)

Hari ini satu nyawa aku hapuskan. Manusia yang seperti ini memang patut aku hapuskan. Tidak akan aku biarkan manusia begini hidup didunia. Tapi mampukah aku untuk melindungi mereka yang tidak bersalah.Mungkin orang kata aku ini merasa sepeti tuhan. Tidak, aku tidak pernah merasakan aku seperti tuhan. Tapi aku tidak mahu ada mereka yang terseksa.

" Ayah sayangkan Aisyah. "

Sayang?!. Perkataan pancing manusia bertopengkan syaitan dan berhatikan binatang. Penipu. Sanggup kau buat aku seperti manusia yang tidak punya perasaan dan jiwa.

Hari ini nyawa seorang lelaki telah aku tamatkan riwayatnya. Dengan sekali kelar dari hujung telinga kanan ke kiri, darah melimpah mengalir. Membasahi cadar murah diatas katil murah yang hampir patah. Matanya terbeliak, mengalir air mata menahan sakit. Kerambit yang aku guna tadi aku lap dengan kain tuala yang sudah buruk atas meja solek. Hodoh nyawa yang baru saja hilang nyawa ini, sudahlah hodoh perangai, dalam poket penuh habuk. Hotel murah juga jadi pilihan semata-mata ingin memuaskan nafsu. Ya, nafsu binatang yang dah menyebabkan dua orang wanita bunuh diri akibat dibuntingkan engkau dengan perkataan sayang, cinta, dan janji kosong kau taburkan.

Aku biarkan bangkai manusia bodoh ini begitu. Aku pakaikan balik baju jaket yang aku dah buka tadi. Aku sempat mencalit gincu dibibirku. Habis comot akibat digomol binatang tadi. Rakus, terlalu rakus. Akibat kerakusan ini kau juga mati ditangan aku. Aku mengambil gambar mengunakan kamera telefon bimbitku. Aku tersenyum.

............................................................

Aku buka jaket aku, panas. Kipas aku hidupkan. Televisyen aku hidupkan dan suaranya aku kuatkan. Aku ke bilik air, aku pusingkan kepala paip dan aku biarkan air melimpah ke dalam tab. Sebatang lilin berbau haruman lavendar aku nyalakan. Enak, sungguh enak. Sehelai demi sehelai kain yang membaluti badan aku buka. Air yang mengalir dari paip tadi aku hentikan dengan memutarkan kembali kepala paipnya. Aku masuk kedalam tab. Lega, sunggu lega selepas penat sehari-hari memburu. Aku masukan sabun ke dalam tab dan aku biarkan dia menjadi buih.

" Seorang lelaki dikelar di hotel murahan. Pembunuhan ini adalah yang ke tiga puluh sembilan dalam tempoh 2 bulan."

Aku tersenyum, aku ketawa. Puas, memang puas hati aku. Ketawa aku terhenti, ada air berhaba suam panas terasa diwajah. Ini bukan air yang dalam tab, ya bukan. Murah rupanya airmata aku. Kenapa kau keluar? Aku selamkan seluruh badan dan kepala aku ke dalam tab.Biarkan agak lama, walaupun aku tahu masa aku belum tiba.

...........................................................
Hari ini tugasan terakhir aku. Aku menunggu di satu restoran mewah. Aku menunggu di sudut tengah dengan sepasang pakaian yang berwarna merah ditubuhku.

" Hai, you Ais ? "
" Hai, yes, I Ais, and you Dato Bahri ? "
" Hahahaha. Yes i Dato Bahri, maaf jika I agak telat sampainya. " Bersalaman tangan aku dengan dia, bibir dia terus ke tangan aku. Ah, lagak romentik.
" Tidak mengapa, I baru juga sampai tadi. "
" Kau lambat datang tidak mengapa akan aku percepatkan pulangnya engkau nanti "

Seperti biasa, seperti sebelum-sebelumnya, aku dibawa ke satu bilik. Kali ini bilik hotel mahal. Kali ini aku ditaburkan dengan kertas yang punya nilainya. Aku biarkan dulu, aku biarkan dia bermain dengan anak patung. Pelahan aku menarik kerambit di celah tali pakaian dalam ku. Dengan kelaran yang pelahan, pelahan-lahan menarik nyawa yang sedang sedap megomol tadi. Sekali lagi darah mengalir, mengalirnya darah ini tidak dapat mengantikan kanak-kanak terecat akal yang kau dah perlakukan seperti binatang. Tanpa belas kesian kau merogol mereka dan kau tutup mulut pihak yang terbabit dengan wang yang kau rasa hanya kau saja yang layak perlakukan sebegitu.

Kali ini aku biarkan saja darah disenjata ku. Telefon didalam beg tangan aku ambil. Aku menelefon. Kemudian aku tunggu. Beberapa minit kemudian pintu bilik diketuk. Tidak dibuka oleh aku, aku menunggu di penjuru katil. Setelah agak lama diketuk dan tidak dibukakan pintu, pintu itu terbuka. Mungkin menggunakan kunci pendua bilik ini. Sekumpulan anggota polis memenuhi bilik ini. Terpampang riak terkejut diwajah mereka.

" ANGKAT TANGAN JANGAN BERGERAK " mereka mengeluarkan arahan apa bila aku berdiri dan menuju ke arah mereka. Aku hulurkan tangan aku kepada mereka. Seperti aku merelakan untuk digari. Tangan aku digari. Aku diiring masuk ke dalam kereta polis. Bermulalah satu kisah baru yang singkat.

........................................................

 
" Nur Aisyah Binti Abdullah. Kamu telah membunuh seramai 40 orang dan disabit bersalah. Kamu akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Ada apa-apa rayuan atau yang hendak diperkatakan. " Soal Hakim di mahkamah.

Aku senyum. Ya mungkin ini yang aku tunggu. Saat yang aku tunggu setelah tamat segala tugasku.

" Saya tidak mahu apa-apa yang arif. Saya menerima hukuman yang telah ditetapkan. Kerana saya telah selesaikan tugas saya, tugas menghapuskan manusia yang sanggup menghilangkan keceriaan dan kebahagian orang lain. Sepanjang apa yang mereka buat, ramai yang menunduk, memekakkan telinga dan membutakan mata. Segala perkosaan dan pencabulan dilakukan, mereka tutup dengan duit, sehingga ada beberapa nyawa melayang membunuh diri sendiri bersama-sama nyawa yang tidak bersalah didalam tubuh mereka. Kerana manusia seperti mereka inilah ibu saya minum racun dan mati di depan saya. Kerana manusia seperti mereka inilah saya pernah dicabul kehormatan oleh seorang lelaki yang saya panggil ayah walaupun dia ayah tiri saya. Saya terima hukuman tanpa rayuan."

Tiada setitik air mata mengalir. Masanya sudah tiba. Ibu aisyah datang. Ibu, maafkan aisyah terpaksa membawa ibu sekali bersama dengan aisyah ke neraka.

nf_is (halus)