Selasa, 31 Disember 2013

BERMULA DARI 0

kita lihat orang lain kita teringin nak menjadi seperti mereka
kita lihat orang lain kita ingin merasa duduk di tempat mereka
kita lihat orang lain kita juga merasa satu perasaan marah kepada mereka
kita lihat orang lain kita juga akan terfikir kenapa kita tak pernah menjadi sepeti mereka

kehidupan kita berbeza2 walapun punya kerjaya yang sama
walau pun punya keluarga yang hampir serupa
tapi tidak 100% kita mempunyai nasib yang sama pada satu masa
biar kan lah waktu berlalu melangkah membawa kita dari satu masa ke satu masa

dari kita yang tak tahu apa kehidupan, terus mengerti apa yang bakal mendatang dihadapannya
dari kita yang tidak boleh menilai, kepada seseorang yang boleh memberi pandangan pada penglihatan sekeliling nya
dari kita yang mulanya hanya dilakukan segala pegerakan oleh orang lain, terus kepada tangan sendiri yang mengurus segala nya
dari kita yang hanya duduk diam, kepada seorang yang boleh memberi kata2 kepada yang ada d sekitarnya

mencintai mudah terasa bagi kita manusia
boleh buta kerna cinta
boleh lupa pada pencipta kerana cinta
sedangkan DIA lah yang patut kita cinta sepenuh jiwa

DIA yang mencipta kita
DIA yang merancang kehidupan kita
DIA yang menilai kita
DIA juga lah tuhan kita( ALLAH ) yang lebih megerti apa yang akan terjadi dan telah terjadi pada kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan