Zaman sekarang lebih ramai ikut peredaran. Dari segi kehidupan, gaya hidup, cara pegaulan, sikap, dan tidak kurang juga dengan penampilan diri.Zaman sekarang banyak fesyen yang cantik, unik, dan tak kurang juga pelik. Dulunya yang aku tahu cara pemakain tudung ini hanyalah berbentuk segi tiga. Masih aku ingat zaman sekolah aku. Kami dipaksa memakai tudung oleh ustazah yang mengajar. Masa tu macam-macam stail ada. Biasalah budak-budakkan. Sampai aku pernah pakai tudung nampak telinga itu pun sebab aku rasa panas. Pernah juga aku kena denda sebab tak pakai tudung masa kelas fardhu ain. Itu pun sebab aku lupa nak pakai tudung. Naik saja motorsikal pakai helmet terus tak ingat tudung. Terpaksa telefon abah suruh balik rumah ambik tudung. Masa tu hendak lepak tak berani lagi.
Masa sekolah menengah remaja perempuan dia kejutkan pula dengan cara pemakaian tudung wardina. Hujung tudung sebelah diletak di bahu dan sebelah lagi akan dipinkan diatas kepala. Kalau ada sanggul cantiklah juga, yang tidak ada sanggul tu kalau silap cucuk pin mahu tak kena kulit kepala. Tapi aku masih dengan cara tudung biasa. Bagi aku masa itu aku pakai tudung sebab arahan pihak sekolah.
Masuk kolej aku dah mula pandai ikut fesyen ada. Aku suka pakai selendang yang orang putih panggil shawl. Masa tu yuna lah ikon bertudung yang menjadi ikutan aku dan rakan-rakan ku masa tu. Ya lah masa tu artis je yang kami minat. Tapi aku masih bukan seorang yang bertudung tetap. Aku masih bertudung kerana arahan pihak kolej. Walaupun begitu aku selesa bertudung walaupun tidak hari-hari bertudung.
Pernah ada pensyarah tegur aku dan tanya, "kenapa kamu tidak bertudung?". Aku terdiam, masa itu aku rasa marah juga kerana pensyarah itu bertanya pada aku sedangkan yang lain ramai lagi tidak bertudung. Bukan saja mereka tidak bertudung malah rambut mereka kelihatan sepeti sudah terkena air karat. Ada juga yang bertudung tapi tengah duduk dating dengan boyperen mereka.
Masih aku ingat pada satu malam masa aku berjalan dari satu bilik ke satu bilik sambil membawa kerepek yang aku jual. Ini salah satu punca kewangan aku masa itu. Sebelum aku mengetuk pintu aku lihat kad pelajar yang dilekatkan didepan pintu. Aku lihat "cantik gak sis-sis dalam bilik ni ". Bisik aku dalam hati.
" Assalamualaikum" salam aku beri sambil mengetuk pintu bilik.
" Waalaikumsalam" pintu dibuka serta salam yang disahut sekali lagi.
" Akak, saya ada jual kerepek. Akak nak beli tak?" Aku mula buka mulut dan menjaja ada kakak tadi yang buka pintu sambil aku bukakan beg penuh dengan kerepek yang aku usung dari tadi.
" Wei, ada kerepeklah. Korang nak beli tak?" Jerit kakak tu pada kawan-kawan sebiliknya yang lain sambil pilih kerepek-kerepek yang pelbagai jenis dalam beg tadi.
" Aku nak wei, kerepek ubi pedas ada tak adik?" Terdengar suara dari balik pintu. Mungkin dia sedang duduk dimeja belajar yang dihalang oleh pintu.
" Ada ni akak tinggal 3 bungkus saja lagi. Ramai yang beli ni tadi kak." aku menjawab. Kakak-kakak yang lain masih pilih dan ada yang sudah membayar.
" Akak beli kerepek ubi pedas tu adek, nah ini duit dia." Aku yang masih menunduk membungkus kerepek-kerepek dalam plastik kemudiannya terus melihat kakak yang bercakap. "Perh... rambut akak ni macam paris hilton dah aku tngok". Bisik aku dalam hati. Aku memberinya kerepek tadi dan bertukar tangan. Macam mana kakak ni boleh terlepas dari tindakkan disiplin sedangkan pelajar dilarang mewarnakan rambutnya. Jangan katakan yang muslim yang tidak muslim turun dilarangkan mewarnakan rambut mahupun pelajar lelaki atau perempuan. "Ah..mungkin dia pakai tudung untuk tutup rambut dia tu kot" bebel aku lagi sambil menyambung jualan ke bilik-bilik lain.
Khamis malam jumaat, diwajibkan para pelajar muslim pergi ke surau. Kalau diikutkan hari-hari setiap 5 waktu solat kena pergi surau tapi pelajar degil jadi ustaz dan ustazah ambil keputusan untuk kumpulkan pelajar-pelajar muslim berkumpul pada setiap hari khamis malam jumaat untuk solat jemaah dan bacaan yassin. Jadi tak boleh larilah pelajar-pelajar masa tu. Yang boleh solat akan masuk ke dalam surau dan yang tidak boleh solat akibat bendera jepun akan duduk diluar jadi jaga selipar. Aku seperti biasa akan duduk baris saf paling depan dibahagian jemaah wanita bersama-sama kawan sebilik aku. Tengah-tengah aku duduk tunggu masuk waktu. Pinggang aku di geletek, hampir sikit lagi aku nak melatah. Aku lihat ke belakang lihat siapa yang mengacau.
" Lah, akak rupanya. Nasib baik saya tak buka ayat power tadi. Kenapa akak?" tanya aku sambil ketawa. Kakak yang sebilik dengan kakak rambut paris hilton tu pun nampaknya gelak juga mungkin sebab nampak aku nak melatah tadi. Sabar jelah.
" Kerepek ada lagi tak adik? " Tanya kakak tu.
" Ada lagi kak. Stok baru datang. Akak nak ke?" tanya aku balik. Rasanya soalan aku macam bodoh cikit. Tapi biarlah, biar kita bertanya jangan tak tanyakan.
" Dalam kertas ni ada senarai kerepek yang akak dan kawan sebilik akak nak. Nanti adik hantar pergi ke bilik akak." jawab akak sambil menghulurkan kertas yang tertulisnya senarai kerepek.
" Baiklah akak. Insyallah selepas adik makan pas solat ini adik akan hantar ke bilik akak". kata ku lagi sambil senarai tadi aku simpan di dalam beg. Aku duduk menghadap depan lagi, tapi tiba-tiba aku perasan sesuatu. Aku toleh kebelakang, dua kali. Sah, selang dua kali dari kakak tadi itu ialah kakak rambut paris hilton. Dia duduk bersila sambil sibuk dengan telefon bimbitnya. Dalam otak aku bermain satu soalan yang aku rasa aku sendiri tahu jawapannya. "Sah ke solat kalau rambut berwarna? Semestinya tidak sah.".
Sekarang aku dah tamat zaman sebagai seorang pelajar. Pangkat aku telah dinaikkan dan sekarang aku digelar penganggur. Naik pangkatlah agaknya sebab tak payah kerja duduk rumah saja goyang kaki. Satu petang aku pergi beriadah ditaman. Aku terlihat sekumpulan gadis-gadis bertudung. Sakit pula mata aku melihat mereka. Ya memang mereka bertudung, tapi apa maknanya bertudung dengan sanggul tinggi, dan pakai baju yang rasanya tidak sesuai. Aku berlari-lari melintasi mereka. Makin sakit pula hati aku mendengar percakapan mereka. Ayat yang digunakan tidak melambangkan penampilan yang mereka tunjukkan. Semua ayat-ayat kurang hajar disebut termasuk nama binatang haram mereka keluarkan. Apakah tujuan mereka berhijab tapi mulut macam longkang.
Zaman sekarang ramai yang bertudung untuk ikut fesyen semasa dan menutup keaiban masing-masing. Mana perginya ciri-ciri wanita bertudung. Aku tahu aku masih banyak perlu dipelajari tapi aku tidak pernah mempermainkan sesuatu yang "indah". Walaupun aku juga berperangai agak kurang ajar dan liar aku tidak pernah berperangai sebegitu semasa aku memakai tudung. Walaupun masa itu aku bertudung ikut situasi dan majlis. Disebabkan tudung dipandang tinggi melambung ramai lah remaja bertudung hanya untuk terkenal dan ada antaranya menunaikan permintaan pasangan kekasih mereka padahal bila dating tak kahwin lagi dah berpegangan tangan dan tak kurangnya melakukan sumbang mahram dalam keadaan berhijab. Mengucap aku didalam hati. Aku tahu aku teruk, aku tahu aku tidak ada hak untuk menilai mereka tapi aku malu bila hijab atau tudung disalahgunakan.
Sepatutnya mereka faham apa itu tudung dan kenapa tudung dipakai, sepertimana Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan
tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan
perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31).
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59.)
Tapi yang aku nampak lari dari apa yang di sampaikan. Baikkah mereka kerana mereka bertudung. Jahatkah aku yang masih tidak bertudung?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan