Jika dapat ditunaikan. Aku tidak mahu tahun yang terindah bagi aku berlalu. Biarlah aku berada ditahun yang banyak memori aku dah dia. Pertemuan aku dan dia secara tak sengaja dan pepisahan aku dan dia tidak di duga akan berlaku. Jika kehidupan ini dapat aku ulang balik kemudian berhenti umpama video mungkin aku tidak akan merasa bersedih seperti sekarang.
Siti Zulaihah, nama seorang insan yang aku sayangi. Perkenalan aku dengan dia secara tidak sengaja telah memberikan bibit-bibit bahagia dan bunga-bunga cinta. Seorang gadis yang tidak seperti gadis lain yang pernah aku temui. Seorang yang punya banyak rahsia tetapi dia jugalah yang membuatkan orang ramai merasa gembira bila bersama dengannya.
....................................................................................................................................
Kedengaran suara kanak-kanak perempuan menagis, aku lap tangan aku yang penuh minyak hitam pada seluar yang aku pakai. Nampak kesan yang teramat pada seluar. Ah.. biar lah. Aku keluar dari bengkel, nampak seorang budak perempuan menagis tidak jauh dari bengkel aku. Manalah mak bapak budak ni, ada ke nak tinggalkan anak sorang. Sesat agaknya budak ni. Aku pun pergilah ke budak yang menagis tadi, Kesian, teruk sangat dah dia menagis tu. Hingus semua keluar. Tapi comel. Budak-budakkan, kalau mak bapak budak menagis macam ni memang buruklah rupanya.
" Adik, kenapa menagis ni? Mak abah mana?" Aku cuba bertanya pada adik tu. Makin kuat pula dah bunyi dia menagis. Macam mana aku nak buat ni. Aku suka budak-budak tapi kalau dah menagis macam ni macam mana nak buat ni.
" Adik, adik jangan takut. Abang bukan orang jahat. Abang kerja kat bengkel motorsikal tu. Abang dengar adik nagis tadi tu yang abang pergi kat adik ni. " Adik tadi nampaknya berhenti menagis dah megangkat mukanya yang bertekup dari tadi. Tapi.....
" Waaaaaaaa... Makkkk Abahhhhhhh..." . Pulak dah budak ni. Aku sumbat dengan sepana juga budak ni karang. Hodoh sangat ke muka aku sampai dia menagis balik. Ishh, aku nak buat macam mana ni.
" Assalamualaikum. Kenapa ni bro? " Ada suara memberi salam. Kasar sedikit tapi masih kedengaran alunan lembut pada suara yang memberi salam. Aku yang sedari tadi duduk mencangkuk melihat adik yang menagis kemudian mendongak ke atas melihat empunya suara. Kemudian dia juga turut mencangkuk macam aku.
" Adik, kenapa ni ? Adik sesat eh ? " Dia pula mencuba nasib memujuk budak yang sedang menagis. Ini bukan sedang ni ini dah macam hujan lebat je aku tengok.
" Adik nak ni tak? Akak ada tiga, semua nya karton. Ada upin, ada ipin dan ada kak ros. Adik nak yang mana? " Sejak bila pulak dia ni keluarkan gula-gula batang ni. Eh, adik tu stop nagis. Walaupun masih ada sisa air mata dan hingus diwajah. Tangan dia mula mengambil lolipop yang ada muka ipin.
" Jangan menagis tau. Nanti ipin tu marah dia tak nak kat adik nanti. " Sambil kuarkan tisu dari dalam beg silang kulit murah dia kemudian lap air mata dan hingus budak tu. Kemudian dia menyuruh budak tadi berdiri.
" Bro, lu membuang pun duduk lama macam ni ke bro ? " dia pandang aku. Cet, sempat lagi dia nak membahan aku. Nasib baik orang lain tak dengar. Kalau tak jatuh air muka aku wei. Budak ini?? Ah budak lagi. Mana tau.
" Duduklah kat bengkel gua. Mana lah tau nanti mak bapak budak ni datang cari. " Aku mempelawa mambang yang membantu pujuk adik tadi. Mambang pun mambang lah wei.
Aku dari jauh melihat saja orang tu. Awat jambu sangat punya kulit dia wei. Dari atas sampai kebawah aku tengok dia. Dengan bertopi, bercermin mata besar baju t-shirt tiga suku, jean dan berkasut. Pandai layan budak nampak. Seronok lak aku tengok budak tu gelak. Aku yang dari tadi duduk kat sini tiba-tiba teringat ada satu motorsikal aku kena baiki. Sambung kerja kejaplah sementara ada orang jaga budak tu.
Baju aku ditarik. Aku toleh. Eh budak ni. Dia bagi lolipop bergambt upin kat aku. Aku terkejut tapi tangan aku ambik gak lolipop tu. Kemudian adik tu senyum. Comel, ada lesung pipit kt pipi kanan dia. Kecantikan yang paling indah Allah bagi pada budak ni. Kemudia dia berlari balik pada kerusi yang dia duduk bersama dengan mamat bertopi tu. Aku buka lolipop tu, masuk ke dalam mulut dan sambung kerja.
Selepas sejam dua, mak bapak budak tu datang. Rupanya adik ini merayau masa mereka sedang membeli belah. Ehm, bukan salah budak tapi salah mak bapak yang tak jaga anak betol-betol. Dah hilang baru nak cari. Sebelum mereka balik selepas berterima kasih pada kami berdua. Adik tadi sempat membuat permintaan pada orang tadi.
" Adik nak topi boleh tak akak? " permintaan adik itu. Wait A Minute 'AKAK'!. Jerit aku dalam hati. Dia tersenyum lalu terus membuka topi yang dia pakai sedari tadi. Rambut mulai jatuh selepas disembunyikan oleh topi tadi.. Ya Allah, cantiknya dia.
Aku terdiam. Macam aku tak pernah nampak perempuan sebelum ini.
" Bro....hello bro, wa nak blah dah ni." dipetik-petiknya jari didepan mataku. Damn..boleh pula aku bermimpi.
" Oh..ok. Thanks sebab tolong wa pujuk budak tadi. " Aku jadi tak tahu nak cakap apa.
" Tak ada hal lah bro. Perkara kecik ja." Dia senyum. Alamak aku dah macam aiskrim dah ni. Cair beb cair.
" Anyway, nama wa Jinggo." Aku perkenalkan diri aku sambil menghulurkan tangan. Aku terlupa tangan aku kotor. Mana ada awek nak salam tangan kotor minyak ni.
" Iha." Jawabnya pendek dan menyambut salam tangan aku. Oh mak. Anak mu dah jatuh cinta. Mana pernah ada awek nak salam tangan berminyak ini.