Selasa, 31 Disember 2013

Test 2




          "I felt the butterflies, but the butterflies had led my heart to someone else, You opened up your heart, i played it from the start,I guess you would hv hated me know, cause im to blame."
Telinga aku dipekakkan dengan alunan muzik dari kumpulan yang aku gemari. Aku baring sambil membaca novel yang rasanya sudah lama aku beli cuma baru sekarang aku dapat membacanya. Mungkin disebabkan bosan juga aku mulakan balik minat membaca aku.

        "O MAK KAU!! " Aku terkejut dengan kedatangan bantal yang eloknya mendarat dibontot ku. Aku bangun dari baring ku yang sendeng. Ada satu wajah yang nampaknya tengah ketawa bila aku kena makan bantal. Kau tunggu.

       " Mek Rohana wei, lu memang nak kena ni." Aku bangun. Segala benda yang ada pada aku tadi aku lepaskan. Aku bangun bergitu juga Ana. Nampaknya dia sudah bersedia untuk menyelamatkan diri. Langkah seribu telah dibuat, kecoh satu rumah yang didiami 5 orang gadis dibuatnya. Yang lain semua turut ketawa. Inilah life  aku. Kehidupan yang nampak biasa tapi bagi aku ini terindah buat selama-lamanya.


Di tempat Jinggo pula

         " Wa dengar lu mahu sambung belajar. Butulkah? " Soal Ah Chong dengan pelat cina beliau. Ah, beliaulah sangat.

        " Bukan mahu lagilah Ah Chong. Memang akan sambung belajar pun. wa sudah daftar sudah. Minggu depan wa masuk belajar. " Jawab aku sambil menyusun sepana yang bersepah atas lantai.

       " Aiya! kenapa lu tidak bagi tahu wa lo.Itu bos sulah tau kah lu mahu berhenti kerja sambung belajar? ". Tanyanya lagi. Asal lak Ah Chong ni banyka tanya pulak dia.

     " Hari itu wa sudah bagi tau bos, dia setuju saja. Kenapa Ah Chong, banyak tanya saja ni? Lu tak mau wa sambung belajar ke? " Bertanyakan lagi untuk mendapatkan kepastian.

    " Bukan tak mau. Sambung belajar bagus. Lu pun bukan tidak pandai wa tengok. Wa respek sama lu jinggo. Lu ada semangat lu ada wawasan. Tapi nanti wa tidak ada kawanlah sini. Sunyi lu tau. " Luahannya dengan muka yang dah hampir nak jadi macam tapir air. Kesian pulak aku dengan Ah Chong ni. Tapi adakah betulkah aku sambung belajar ini dikira wawasan diri ?. Banyak juga aku lihat yang keluar dari bangunan bertingkat-tingkat penuh ilmu masih menganggur. Wawasan dirikah itu? Semangatkah itu?