Sabtu, 28 Disember 2013

Jk & End 2 (sambungan)

       Hari ini hari pertama aku melangkah ke alam pekerjaan. Kerja tak "glam" pun, kerja dekat sebuah kedai buku. Mulanya End melarang aku berkerja, kerana dia takut aku tidak ada masa untuk dia. Aku pun terus terang dekat dia kenapa aku nak bekerja. Setelah puas bertikam lidah dan berdebat akhirnya aku menang. Cuma ada beberapa syarat yang dia berikan. Lawak juga syarat si kesayangan dinda ni, syaratnya ialah pergi kerja, waktu rehat dan balik kerja mesti telefon dia ataupun mesej dia. Syarat dia lagi, masa kerja tak boleh pakai baju yang terlalu ketat atau singkat, ini mesti kes dia tau aku pakai macam mana. Kemudian balik kerja kena hati-hati bawak motor macam yang dia ckp "sayang saya seorang inikan minah motor, bukan Gina namanya kalau tak bawak motor lajukan". Hehehe kena "smash" lagi. Syarat dia lagi kalau lepak dengan kawan jangan aku seorang je perempuan, kalauboleh bawak lagi kawan perempuan lain untuk jadikan teman. Sayang aku ni lupak agaknya yang awek dia ni tak ramai kawan perempuan.


        "GINA!!!". Ada satu suara memanggil, kuat, bergema. Apakah itu? Gorilakah? Hantukah? Momokkah?. Aku mencari suara yang memanggil. Makin kuat lak ni. Aku kuar dari stor dimana buku-buku yang baru sampai dan stok-stok lama di simpan.

        Hok aloh. Akak B panggil rupanya. Ini bukan gorila, bukan juga hantu dan bukan juga momok. Tapi anak gajah comel rupanya. Alah comel-comel Akak B ni. Pipi macam kena pam ja.

         " Apa dia Kak B?, gina kat bilik stor buku tadi." aku mula bersuara.

         " Kau buat apa kat stor tu? Nak monteng ke? Baru kerja dah monteng, apa nk jadi dengan kau ni gina? ". Perhhhh sekali machine gun 40mm dia pakai. Nasib baik aku hari ini pakai kalis besi. Bukan kat badan tapi kat hati. Sabar gina, biasa lah atas memang macam ni perangai. Bukan atas mana pon, bawah bos je. Penolong je. Kerek je lebih akak nie.

        " Errr..gina tadi dekat dalam stor sebab ada buku-buku baru datang dan Gina semak ikut senarai yang kedai order. Tadi malik bagi gina kerja semak senarai." Aku menjawab tapi tidak kurang ajar. Aku tak akan sibuk nk duduk dalam stor tu kalau tidak ada kerja yang hendak aku lakukan. Baik aku duduk kat area novel baca buku sambil berdiri dan pantau pelanggan yang keluar masuk kedai.

        " Ni kenapa ni Gina? Bom? Apa bising-bising ni? " Malik datang. Wait saya salah dengar ke tadi. Perhh!! kantoi. Nama kak B, Bom rupanya. Tak sangka ganas gak nama. Tapi awat dia comel lah. Mana ada macam bom. Mungkin fizikal dia kot yang XXL. Sian akak B.

       " Kau malik, kenapa bagi budak baru semak senarai buku-buku baru? " Tanya kak B pada malik.

       " Aku bagi kat dia sebab dia ni rajin wei. Kau tak tengok ke tadi dia pergi lap almari satu baris dari depan sampai belakang bahagian novel tadi?. Lagipun aku kenal Gina ni. Kau buat kerja kau jelah Bom. X payah nak jadi bos sangat. Bahagian kewangan kau mungkin bos. Tapi bahagian kerja-kerja pekerja bahagian buku itu tugas aku. Kau tahukan?" Malik terus buka pembuka kata yang agak penuh sindiran dan menyampah. Sian akak B.

      " Ah..aku tahulah Malik. Cakap dengan engkau ni tak pernah nak menang. Dah lah buat kerja lah." Nasib baik kak B tak meletup lepas kena tembakkan balik dari Malik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan