BISING! BISING! RIMAS.
Dalam mata tertutup, telinga aku masih terdengar bunyi-bunyi yang aku anggap
mengganggu tidur aku. Dari bunyi pintu di buka, di tutup, kemudian bunyi cawan
yang di kacau air dan bahannya sehingga sebati. Aku ambil telefon bimbit aku,
baru jam 6.45 pagi. Awalnya abah bangun, padahal hari sabtu. Ada aktiviti tidak
pula ku tahu semua kena bangun. EH! Kejap, aku rasa aku sorang ja bangun, yang
lain masih tidur, ya lah mana taknya aku terbangun, sapa suruh tidur di ruang
tamu. Ha! Padan muka aku.
Laptop aku hidupkan, sambil itu aku sedaya upaya untuk mencelikkan mata ku yang aku rasa penuh dengan taik mata sekarang, perasaan malas aku masih meninggi menggunung. Pagi-pagi begini aku masih mengantok. Aku perlukan tidur ku. Laman FACEBOOK aku buka, satu demi satu status sabahat online aku di baca. Macam-macam ragam. Ada yang buat aku tersenyum, ada yg buat aku marah dan tak kurang juga buat aku menyampah. Status aku pulak, belum di update lagi. Sejak aku kenal seseorang aku dah kurang bebelan di status-status FACEBOOK ku. Bukan aku di kongkong, tapi aku rasa biarlah waktu ku, ku bagikan juga kepada yang ada nyata di depan mata.
Aku ke bilik air kemudian aku ke dapur mengambil air kosong. Air kosong aku minum, sudah lama juga agaknya aku meninggalkan minuman pagi ku dengan air yang ada rasa dan gula. Bukan malas nak membuat air, memang dah aku amalkan semacam ni dari tahun lepas lagi. Air teh satu cerek mak aku buat pun aku dah tak pandang dah. Milo kesukaan aku pun aku hanya minum bila aku nak. Kopi, satu-satunya minuman kegemaran aku pun aku dah lama berhenti, ini semua disebabkan aku terbaca mengenai kafien dan gula yang terdapat dalam minuman-minuman tersebut.
Bermulalah hari ku di hadapan laptop dari waktu ini sampailah waktu tidur ku. Nasib si penganggur yang tidak punya kerja. Walaupun begitu, banyak juga aktiviti yang aku nak buat tetapi terbatas sebab aku masih duduk satu rumah dengan orang tua ku. Sabarlah wahai hati, nanti datang rezeki kau dapatlah kau buat semua kehendak kau nanti. Tapi persoalannya bila??

………………………………………………………………………………………………………
Telefon bimbit ku
berbunyi, ada mesej masuk. Aku tekan untuk membaca mesej yang dikirim oleh
pengirim yang setia setiap hari menghantar mesej pada ku.
Assalamualaikum, dah bangun ke?
Waalaikumsalam, dah bangun dah.
Ehhhhhh awalnya ayg syg ni bangun, syg mimpi ke nie?
Assalamualaikum, dah bangun ke?
Waalaikumsalam, dah bangun dah.
Ehhhhhh awalnya ayg syg ni bangun, syg mimpi ke nie?
Ahhhh tak payah nak “membahan”
orang boleh tak? Tumbuk karang.
Hehehehe jangan lah marah ayang sayang. Muka dah tak cun tu makin tak cun lah nanti.
Tak “cun” pun ada juga orang nak kan?
Alalalalala, merajuk eh ayang?.jangan marah eh. Orang sayang dia.
Ye. Tau. :P
Hehehehe jangan lah marah ayang sayang. Muka dah tak cun tu makin tak cun lah nanti.
Tak “cun” pun ada juga orang nak kan?
Alalalalala, merajuk eh ayang?.jangan marah eh. Orang sayang dia.
Ye. Tau. :P
Kadang- kadang
aku rasa bahagia bila ada dia dalam hidup ku. Mohammad Affendi Bin Mohammad
Afzan atau dipanggil End. Seorang lelaki yang pada mulanya aku kenal hanya
sebagai seorang yang menyukai wanita-wanita yang lemah lembut dan ayu. Tapi itu
hanyalah anggapan aku sahaja, buktinya dia pilih aku. Seorang yang kasar pada
penglihatan orang lain. Tapi dia Nampak apa yang sebaliknya pada aku.
Ding! Ada mesej masuk dalam facebook aku.
Assalamualaikum beb, kau dah bangun ke?
Ding! Ada mesej masuk dalam facebook aku.
Assalamualaikum beb, kau dah bangun ke?
Waalaikumsalam,
tengah tidur lagi ni sambil balas mesej kau. Kenapa?
Hayunnya minah, wei lama dah tak chat dengan
kau.
Engkaukan
sibuk dengan kerja takkan aku nak kacau kot. Apa cerita?
Aku
ok je beb sihat alhamduillah. Cuma sibuk sikit dengan kerja. Ko beb?
Aku
pun sihat Alhamdulillah. Baguslah kalau sibuk dengan kerja. Bila ko nak belanja
aku?
Aku belanja ko senyuman je boleh? :) :) .Hahahahah
Aku belanja ko senyuman je boleh? :) :) .Hahahahah
JK,
sahabat muka buku aku. Antara yang selalu komen status-status dah gambar-gambar
yang aku muatnaikkan dalam laman sosial yang agak ramai rakyat dalam bumi ini
dari setiap pelusuk tempat gunakan. Sebelum aku mengenal End, aku dah berkawan
dahulu dengan JK. Bila aku ada masalah dia akan sentiasa ada dengan aku dan
bila aku “happy” dia akan raikan kebahagiaan dengan menghantar hadiah tanpa
alamat dia ke aku. Seorang yang pelik tapi selalu ada. Hanya sejak aku muatnaik
gambar aku dengan End dia terus menghilang. Adakah dia cemburu? Adakah dia
kecil hati?. Tapi aku tak fikir yang buruk terhadap dia, kerana aku taknak
hilang JK mahupun End.
………………………………………………………………………………………………………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan