Aku bangun dari tidur ku. Air mata aku mengalir, mimpi yang aku alami tadi membuatkan aku rindukan seseorang yang pernah hadir dalam hidup ku. Tahukah dia aku amat merinduinya walaupun aku tidak ada menyampaikan kata-kata rindu aku padanya. Sakit hati aku mengenang kenangan indah bersamanya. Perhubungan yang hanya bertahan selama 3 bulan sebelum dipergi menjalankan tugas sebagai seorang doktor disebuah hospital di kuala lumpur. Tinggallah aku disini di bumi sarawak tempat kelahiran aku dan juga tempat kelahirannya.
Mungkin ini takdir yang aku dan dia terpaksa terima. Pada awal perkenalan aku dan dia, memang antara aku dan antara dia ada yang memiliki. Walaupun aku cuba sedaya upaya mengambil hati ibunya tapi ibunya tetap juga dengan keputusannya untuk memenantukan seorang doktor juga. Ya kekasih dia semasa di kolej. Aku? Aku dengan pasangan aku tidak sefahaman lagi semenjak dia dah menjadi salah seorang angkatan tentera malaysia. Tiada sefahaman lagi antara aku dan dia. Mungkin tak pernah berhubungan dan jarak punca sefahaman ini menjadi tidak serasi.
Hampir 2 bulan aku dan dia berpisah. Tiada berita. Tiada khabar. Mungkin kerna sibuk akan kerjanya sebagai seorang doktor. Atau mungkin kerna aku yang bersikap dingin dengannya selepas dia menyatakan khabar ibunya akan menghantar rombongan untuk meminang kekasihnya. Ya aku sedar, aku kalah memenangi hati ibu dan ayah tirinya. Aku tahu aku banyak kekurangan dari semua aspek yang ada pada pilihan hati ibunya. Kekasihnya itu juga doktor dan bertudung juga dari keluarga yang berada. Biarlah aku hadir untuk dia buat seketika, agar dia tersenyum dan tidak terlalu memikirkan keserabutan yang banyak datangnya dari keluarganya, ayah kandungnya, ayah tirinya dan juga bakal menantu ibunya.
Sepanjang aku bersamanya aku tak pernah marah dan x pernah merajuk. Mungkin dia faham akan kehendak aku dan minat aku. Dia anak bongsu yang faham akan sikap anak kedua dalam keluarga yang sering ditindas dan dikongkong. Dia juga banyak menenangkan aku bila aku merasa hendak marah. Dia tahu aku suka makan aiskrim, dia tahu minat aku pada muzik, dia pandai menyanyi, percakapannya lemah lembut walaupun kadang-kadang aku berkasar dari segi percakapan bila bersama dengannya. Dia juga sekepala dengan aku, bila aku dalam mood "gila" dia akan join sekali. Tidak pernah lekang senyuman aku bila bersama dengannya.
Saat dia pergi meninggalkan aku. Aku redha dengan segala yang belaku. Sekalipun punya wajah yang seiras dan serupa tidak menunjukkan aku dan dia akan bersama dan tidak akan dapat mencapai apa yang aku dan dia impikan. Pernah dia berkata "kenapalah kita lambat ditemukan sedangkan kita sekolah rendah sama cuma beza satu tahu saja" . Takdir sayang, jika ini takdir untuk kita mungkin kita telah bersama dari dulu sampai sekarang. Ini ada lah dugaan dan takdir Allah. Ada hikmah di sebalik kejadian. Kejadian yang kita tak boleh elakkan.
Aku akan sentiasa doakan untuk mu Alim. Biarlah kisah kita hanya sekadar mimpi indah yang membawa kita hampir ke syurga. Semoga kehidupanmu nanti akan bahagia seperti mana yang kita pernah impikan untuk kehidupan aku dan engkau walaupun pada hakikatnya yang bersamamu nanti bukan aku tapi dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan